Coklat Cinta - Bab 1

0



e-novel saya juga boleh dibaca di website penulisan2u!

Klik sini: http://www.penulisan2u.my/2011/12/novel-coklat-cinta-1/




Aku merenung gambar kenangan kawan-kawanku sewaktu aku di South Hamstead High School London. Nampaknya keluargaku terpaksa berpindah dan bekerja di Malaysia. Bosannya aku rasa asyik berpindah je. Masuk ni dah 8 kali aku bertukar sekolah. Tapi, yang seronoknya aku dapat ramai kenalan dan dapat belajar banyak bahasa.


Ini pertama kali aku bakal merasai hidup di tanah tumpahnya darah papaku. Maklumlah, aku lahir di London dan arwah mamaku pula orang Jerman. Namun begitu, papaku tetap mempraktikkan percakapan dalam bahasa melayu dengan aku dan abang di rumah. Katanya, biarpun kami ni berdarah kacukan, darah Melayu tetap ada mengalir dalam arteri darahku. Papa tidak mahu kami dibenci oleh ibunya yang amat mementingkan kemelayuan.


‘ Papa, nenek macam mana?’ tanyaku pada papa di sebelah kiri tempat duduk kapal terbang. Pramugari masih lagi menunjukkan cara-cara keselamatan di dalam kabin. Cantik. Abang tidak berkelip. Mungkin dia sedang menumpukan perhatian pada demonstrasi keselamatan atau sebaliknya. Aku menggeleng. Bukannya ini pertama kali kami menaiki kapal terbang, sudah acap kali. Aku sendiri naik cemuh dengan demonstrasi yang sama, malah sudah menghafalnya.


Aku menyiku lengan abangku yang berada di sebelah kanan.


‘ Ouch! What are you doing Miss Lana?’ abang marah sambil mengangkat keningnya.


‘Nothing Mr. Edward Cullen to be! Wekkk!’ kataku geram dengan perangai ulat bulu abang tu. Abang kacak macam Edward Cullen berambut hitam. Tinggi lampai macam zirafah. Badan yang tegap dan sasa. Maka tidak hairanlah ramai gadis mat salleh sanggup menjadi teman wanitanya. Aku risau abang akan buat perangai kasanovanya di Malaysia pula, lebih-lebih lagi kami akan tinggal di kampung dengan nenek buat beberapa waktu.


Papa geleng kepala melihat kami yang sentiasa bergaduh. Jauh di sudut hati papa, aku tahu dia rindukan arwah mama. Hanya kami berdua penyambung zuriat papa dan mama. Muka aku seiras mama namun mataku sahaja seperti papa, hitam bersinar.


‘ Lana, Zikri.. Papa nak kamu jangan buat perangai mat salleh depan nenek nanti ok? Papa tak nak nenek bencikan kita. Kamu berdua tahu kan, nenek tak suka orang putih dan sekarang papa berharap sangat dia akan terima kamu macam dia terima cucu-cucunya yang lain’ kata papa serius dan tenang.


Papa amat menyayangi ibunya namun dia terpaksa menolak jodoh yang ditetapkan oleh nenek suatu ketika dahulu kerana papa amat sayang akan arwah mama. Oleh sebab itulah, nenek marah akan papa dan dia melarang kami menjejakkan kaki ke rumahnya. Papa sentiasa berdoa agar ibunya lembut hati dan dapat menerimanya kembali dan alhamdulillah Allah memakbulkan juga doa papa.


Aku dan abang mengangguk lemah. Penat rasanya dibenci nenek padahal kami tidak pernah berjumpa dengannya hatta menyakiti hatinya. Aku risau. Namun abang buat bodoh sahaja seperti tiada perkara yang tak elok bakal berlaku. Abang seorang yang cool. Mungkin sebab dia seorang pelajar perubatan dan bakal bergelar doktor yang sentiasa tenang. 

Aku tahu bukan senang untuk belajar perubatan namun abangku dapat melakukannya dengan berjaya dan dia sentiasa dinobatkan sebagai  ‘best student’ setiap tahun. Aku bangga dengan abang. Abang belajar di University of Newcastle, United Kingdom. Namu dia terpaksa menyambung pembelajarannya di University of Newcastle di Malaysia.


Aku pejam mata. Ingin membuang kekusutan di minda. Kata orang, sleeping is the best cure. Memang benar dan setiap kali aku mempunyai masalah, aku akan tidur dahulu dan moga bila aku bangun nanti aku akan menjumpai jalan penyelesaian.


*************


‘ Hey, wake up! We have arrived’ abang menarik telingaku berharap agar aku bangun. Aku bengang.


‘ Abang! Tak boleh ke kejutkan Lana baik-baik sikit? Suka sangat cari gaduh! Huh!’ Aku melenting. Abang tersengih-sengih. Aku tahu dia sengaja mengusikku.


‘ Zik.. papa dah cakap kan jangan kacau adik. Biar lah dia tidur. Lagipun, kita belum sampai lagi’ papa berkata tenang. Abang buat muka ‘blurr’. Mesti abang tengah bosan dalam kabin ni. Maklumlah, penerbangan ke Malaysia mengambil masa yang lama lebih kurang 12 jam.


‘ Lagi satu, papa tak nak Zik dan Lana berbahasa Inggeris depan nenek. Dengan nenek pun jangan cakap Inggeris. Zik terutamanya, susah sangat ke nak cakap melayu?’ riak papa penuh kerisauan.


‘Alright papa. I know. Just give me more times okay?’ abang sengih menampakkan giginya yang tersusun putih.


‘ Tengok tu. Baru je papa dah cakap jangan guna bahasa Inggeris. Dengan kawan-kawan kamu tu papa tak kisah lah. Tapi dengan nenek jangan ok? Nenek bukannya faham pun’


‘ Hem. Lana segan lah papa’


‘ Nak segan apa plak adik? Papa ada. Abang Zikri pun ada. Jangan risau ok?’ kata papa sambil mengusap rambutku. Sayangnya papa padaku. Aku amat beruntung mempunyai ayah macam papa. Walaupun aku mempunyai abang yang suka mengusik, aku tahu dia tetap sayangkan aku, satu-satunya adik tunggalnya.


Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam waktu Malaysia. Papa memberitahuku 2 jam lagi kami akan tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur. Terasa kecut pula perutku menghadapi penerimaan keluarga papa nanti.

Aku berserah sahaja, berharap agar ada sesuatu yang baik berlaku macam magic. Kalau lah aku ada magic wand Harry Potter, sudah lama aku gunakan untuk menyihir nenekku supaya dia suka pada aku. Tapi itu tak mungkin berlaku. Fantasi tidak sama dengan realiti.


Abang tidur tak ingat dunia. Bahuku pula dijadikan bantal. Berat betul kepala abang. Berat dengan otak kot. Aku menolak kepalanya sehingga dia terdorong ke kanan lalu menghalang pramugari yang sedang laju berjalan. Aku ketawa mengekek. Abang terjaga lalu kepala ku diluku sesuka hati.


Interkom pula berbunyi..

Tiba-tiba terdengar suara seorang pilot memberi pengumuman.

‘ A very good evening to all passengers. Im Tengku Daniel Arieff, your pilot for today. We are going to arrive at the Kuala Lumpur International Airport for about 15 minutes from now. Please seat and fasten your seat belt and do not switch on your electrical devices yet before you are told to do so. Your cooperation is highly appreciated. Thank you’

Sekali lagi interkom berbunyi tanda pengumuman sudah habis dibuat.

‘ Papa.. Siapa yang akan ambil kita di airport nanti?’ tanyaku setelah lama berdiam diri. Abang sambung tidur. Papa menghentikan bacaan surat khabar new strait times yang diberi oleh pramugara tampan sebentar tadi. Banyak benda yang berlaku di Malaysia rupanya. Jenayah dan politik makin haru biru. Papa cakap banyak perubahan yang berlaku. Riak bimbang jelas terpancar di wajah papa.


‘ Abang papa yang akan ambil kita nanti. Dia orang baik. Nanti adik kena panggil dia pak long ye’ senyum papa ke arahku. Aku mengangguk sambil membalas senyuman tua papa.


Alangkah bagusnya kalau mama masih hidup. Boleh kita pulang ke Malaysia bersama-sama. Rindunya aku terhadap arwah mama. Aku mencium loket berbentuk hati pemberian mama yang aku selitkan gambar kecil mama di dalam loket itu moga aku akan sentiasa merasai kehadiran mama.


*************

Akhirnya kapal terbang yang kami naiki selamat juga mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Terima kasih pilot dan anak-anak kapal. Selamat juga kita mendarat ye. Sempat lagi abang mengenyitkan mata pada salah seorang pramugari yang cantik itu. Papa memulas telinga abang. Aku ketawa mengekek sambil menunjukkan good sign pada abang. Abang menjelir lidah padaku macam budak-budak 8 tahun. Padahal umur sudah 23 tahun tapi perangai masih lagi seperti kanak-kanak.


‘ Zik.. Tolong ubah perangai kamu yang suka menggoda perempuan tu kat sini. Papa tak suka. Lagi satu, jangan berani bawak perempuan balik kat rumah nenek nanti. Kalau papa tahu, siap kamu. Papa ganyang-ganyang kamu sampai lumat’ papa memberi warning terakhir buat abang. Papa tak habis-habis memberi nasihat kepada abang. Aku makin happy melihat wajah kelat abang. Lucu pula.


Papa melambai-lambai ke arah salah seorang lelaki yang aku agak lebih tua daripada papa tetapi tetap kacak. Berpakaian kemas persis seorang businessman yang berjaya. Adakah ini abang papa? Aku dan abang berjalan beriringan. Kami membontoti langkah papa.


Papa memeluk erat lelaki itu. Aku pasti ini lah pak long. Muka seiras papa. Di sebelah pak long pula kelihatan seorang anak muda tinggi lampai berkulit sawo matang dan aku agak kacak pada pandanganku sedang memandangku dengan pandangan pelik bin ajaib. Pandangan mata kami bertaut. Tidak lama, sesaat cuma. Aku melarikan bebola mataku ke arah pak long, tidak sanggup menerima panahan mata sang lelaki kacak yang tidak dikenali.


‘ Rizman.. Lama sangat kita tak jumpa. Bertahun-tahun. Yang lepas tu lepaslah. Jangan merajuk lama-lama sangat. Kau adik aku dan mak pun dah tua. Elok lah kita saling bermaafan’ kata pak long pada papa.
Papa mengangguk. Aku dapat melihat mutiara jernih papa gugur jua. Mungkin papa sebak dengan kata-kata pak long atau mungkin papa rindukan nenek. Ada betulnya juga.


‘ Rahman, ni anak aku Lana dan Zikri’. Aku dan abang menyalami pak long.


‘ Cantik jugak Lana ni, macam arwah Maria. Zikri pun handsome macam Edward Cullen pulak pak long tengok’ kata pak long memuji. Abang makin kembang semangkuk. Aku pula tersenyum simpul.


 ‘ Yang ni anak pak long, sepupu kamu jugak. Kenalkan, Faris.’


Abang menyalami Faris sambil memperkenalkan dirinya. Aku menghulurkan tangan berkira-kira mahu bersalam dengan Faris, namun dia tidak menyambut salamku. Aku kebingungngan.


‘ Awak ni tak belajar hukum-hakam Islam ke? Kita ni muhrim, tak boleh bersentuhan. Faham tak? ‘ sinis kata-kata faris. Aku terkedu. Malu.


Nasib baiklah papa dan pak long sudah jauh berada di depan, kalau tidak lagi malu lah aku kena sound macam tu. Arghh! Tension betul dengan mamat ni! Tak boleh ke cakap elok-elok sikit? No manners!


Abang tersenyum. Langsung tak berniat nak backup adik sendiri. Nak je cekik batang leher Faris ni. Yelah aku tahu aku ni kurang didikan agama. Tapi jangan lah sindir macam tu. Remuk hati aku.


Abang dan Faris berjalan beriringan. Maklumlah dah berjumpa dengan geng, adik sendiri pula ditinggalkan di belakang. Sedih. Aku menghentakkan kaki ke lantai tanda marah. Kuat juga sebab aku memakai sneakers bertapak tebal. 

Faris memalingkan mukanya ke arahku dengan senyuman paling sinis pernah aku lihat. Damn!


‘ Apa yang tercegat lagi tu? Nak menari break dance ke?’ sindiran Faris membuatkan telingaku makin bernanah, ditambah pula dengan abang yang gelak tak ingat dunia tu. Dah tak ingat adik sendiri nampaknya abangku ni. Asyik menangkan si mamat sombong tu je!


‘Ok! Fine! Whatever lah Mr. Perasan bagus!’ kataku sambil berjalan laju dan dengan sengaja melanggar bahu abang tanda protes. Aku segera mendapatkan papa dan pak long yang sudah pun berada di parking kereta.


‘ Bagus punya adik sesuka hati sesedap rasa je langgar abang sendiri’ abang mengomel sendirian persis nenek kebayan tiada gigi sambil membetulkan earphone mp4 nya yang jatuh.


‘ Bro, Lana tu bekeng jugak ye. Takut aku nak tegur dia’


‘Huh? Bekeng tu apa plak?’ Zik bingung mencerna perkataan bekeng. Nampak gaya, Zikri masih lagi fail dalam bahasa Melayu lebih-lebih lagi dengan dialek negeri.

‘ Alamak. Sori bro. Aku lupa lah. Bekeng tu bahasa dialek negeri Kelantan. Maksudnya garang.’ Bersungguh-sungguh Faris menerangkannya.

‘ Oh, baru aku faham. Nampaknya aku terpaksa lantik kau jadi sifu tak bergaji aku lah Faris.’ Zikri menepuk bahu Faris. Senang betul budak berdua ni jadi geng. Lana seorang juga yang kena buli.

Lana berharap pak long mempunyai anak perempuan agar dia pun dapat merekrut gengnya sendiri. Namun, sangkaan Lana meleset apabila pak long memberitahu bahawa Faris ialah anak tunggal keluarga mereka. Haru la jiwa Lana nak berdepan dengan mamat sekor tu.

Mereka semua masing-masing berada di dalam kereta CRV milik Rahman. Hanya kedengaran Rizman dan Rahman yang sakan berborak bertanyakan itu ini, lebih-lebih lagi mengenai politik. Lana pula masih menumpukan perhatian pada telefon bimbit Blackberrynya, entah apa yang dibuat. Zikri pula sibuk memerhatikan pandangan luar kota metropolitan Kuala Lumpur. Faris mendengus. Bosan agaknya.

‘ Kau belajar kat mana Faris?’ tanya abang memulakan perbualan.

‘ Aku belajar kat Universiti Teknologi Petronas je. Sekarang aku dah final year. Tahun depan insyaAllah aku konvo’ kata Faris dengan nada bersahaja. Abang ternganga. Mungkin teruja mempunyai sepupu yang genius macam dia. Perasan sungguh! 

Lana buat muka bosan mendengar perbualan mereka. Dia hanya sibuk dengan blogging sahaja, sekadar melepaskan amarahnya terhadap lelaki yang baru sahaja menyindirnya tanpa perasaan. Hanya dengan berblog, dia dapat meluahkan segala isi hatinya.

‘ Adik, buat apa tu? Papa tengok dari tadi lagi asyik sibuk je dengan Blackberry’ papa geleng lagi, tahu akan minat anak dara yang sorang ni. Blogging yang pasti.

‘ Adik? What? Dah besar gedabak pun masih dipanggil adik lagi?’ aku terdengar suara kecil keluar dari mulut Faris. Aku menjeling tajam ke arah datangnya suara tak diundang itu. Arghh! Tak habis-habis nak sakitkan hati aku lah. 

Dengan selamba aku menunjukkan buku lima ke arah Faris tanda geram yang amat.

Faris mengangkat kening triple jerk. Mungkin terkejut dengan perlakuanku sebentar tadi. Ahh! Aku peduli apa. Dia yang cari pasal dulu. Mulut tak ada zip! Retarded!

‘ tak ada apa la papa. Adik tengah buat entry baru ni. Pengalaman baru sampai kat Malaysia’ senyum ku tanda puas. Pasti ramai kawan-kawanku yang memberi komen sekejap lagi. Pasti mereka amat merinduiku. Tiada lagi sleep over di rumah ku dan mereka mesti bosan tanpa aku. Hehe.. perasan pulak.

Kereta CRV meluncur laju membelah malam yang masih lagi hingar-bingar dengan deruan enjin kereta. 
Kereta diperlahankan dan memasuki perkarangan LakeHill Villas di Bandar Baru Bangi. Cantik. Aku tergamam seketika melihat keindahan villa ini. Masih mengutamakan kehijauan dan banyak taman-taman permainan dan gelanggang sukan. Senibina villa ini pula berkonsepkan rumah Inggeris, lebih kurang sama seperti rumahku ketika di London dulu.

Pak long menjemput kami masuk ke dalam rumahnya. Di depan pintu kelihatan seorang perempuan sebaya pak long yang sedang tersenyum manis ke arah kami dan masih setia menuggu biarpun lewat malam. Aku membalas senyumannya.

‘ Jom masuk. Ni Lana kan?’ kata mak long memaparkan riaknya yang gembira menyambutku. Aku bersyukur dengan sikap ramah-tamah mak long.

‘ Ya. Saya Lana. Ni abang saya, Zikri.’ Kataku lalu menyalami tangan mak long.

‘ Wah, makin cantik dan handsome kamu berdua ye. Terkejut mak klong tengok tadi. Ingatkan pelakon Hollywood mana lah pak long kamu bawa balik’ seloroh mak long sambil mengerling ke arah suaminya.

Pandai juga mak long bergurau. I like it! Aku tersenyum sendiri.

‘ Faris sayang, nanti tolong tunjukkan bilik Lana ok? Zikri boleh tidur sebilik dengan Faris buat sementara waktu ni’ kata mak long. Amboi. Faris sayang? Wekk. Nak muntah dengar. Manja! Haha.. giliranku pula mengenakan Faris budak manja tu!

‘ Yelah ibu. Nanti Faris bawa budak ni ke bilik’ perlahan suara Faris. Mungkin malu dengan aku kot.

‘ Jom lah Lana. Buat apa lagi duduk kat situ? Saya nak tunjukkan bilik awak ni. Tak pun awak nak tidur kat ruang dapur rumah kami je?’ Faris masih lagi menyindir.

Pantang dapat peluang, mahu juga disindirnya aku.

‘ Ish kamu ni Faris. Kesian Lana baru sampai kat Malaysia ni, dia penat tu, jangan lah usik dia’ mak long backup aku. Yeay! Bahagia terasa.

Aku landing di atas katil bersaiz queen itu. Nampaknya aku nak declare perang abad 20 dengan mamat senget ni! The war is begin! Wait until you have your last word Faris kun... aku gelak jahat seperti witch dalam cerita Tangled.

Sementara di luar pintu bilik Lana, Faris kebingungan mendengar tawaan Lana.

‘ Gila apa budak ni, gelak malam-malam macam pontianak. Eee.. seram betul lah. Entah-entah pontianak jadian kot? baik aku blah sebelum nyawaku melayang. Cabut....’

Penghuni villa masing-masing tidur dengan lenanya selepas menikmati makan malam yang agak lewat. Tiada lagi usik-mengusik. Tiada lagi bunyi sudu garpu. Yang ada cuma bunyi cengkerik dan dengkuran sahaja.

About Me

0




Assalamualaikum.. Hye everyone. Im glad to be given chance to write and spill out my thoughts. I am a student and a freelance writer. This is my second blog in which I will put all my upcoming e-novels and short stories here. Meanwhile, my older blog is just for general issues and thoughts and it is private. Sometimes, people said that writers are gifted, but in my point of view writers are the people who love to imagine things and they have many creative thinking towards something. Writing is just my hobby and I will not make it as my career as I have my own ambition. Whenever I have ideas, I need to express them because they will stuck in my head for a long time and they will keep wonder and disturb me. Thus, after I given out all the ideas in this blog and make it a story, I feel very relieve and lively. No more burden that is blocked my brain. It has been released. When I realize that my so-called story can make people happy, I will try my best as I could to make it the most wonderful piece of writing. Therefore, your comments are highly important so that I can make some improvements. Thanks a lot to all my readers! Hope you will enjoy my story.

Whats more..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



    KLIK! KLIK! KLIK!

    Anda pelawat ke:

    Powered by Blogger.

    Welcome to my blog.. Have a seat.. Relax your mind.. Drink coffee.. Enjoy!

    COKLAT CINTA

    COKLAT CINTA

    Shhh..I HATE U!!

    Shhh..I HATE U!!

    CERPEN

    CERPEN

    Puisi, teka-teki, random

    Puisi, teka-teki, random

    Followers

    Top Commentors