Coklat Cinta - Bab 1
0
e-novel saya juga boleh dibaca di website penulisan2u!
Klik sini: http://www.penulisan2u.my/2011/12/novel-coklat-cinta-1/
Aku merenung gambar kenangan kawan-kawanku sewaktu aku di
South Hamstead High School London. Nampaknya keluargaku terpaksa berpindah dan
bekerja di Malaysia. Bosannya aku rasa asyik berpindah je. Masuk ni dah 8 kali
aku bertukar sekolah. Tapi, yang seronoknya aku dapat ramai kenalan dan dapat
belajar banyak bahasa.
Ini pertama kali aku bakal merasai hidup di tanah tumpahnya
darah papaku. Maklumlah, aku lahir di London dan arwah mamaku pula orang
Jerman. Namun begitu, papaku tetap mempraktikkan percakapan dalam bahasa melayu
dengan aku dan abang di rumah. Katanya, biarpun kami ni berdarah kacukan, darah
Melayu tetap ada mengalir dalam arteri darahku. Papa tidak mahu kami dibenci
oleh ibunya yang amat mementingkan kemelayuan.
‘ Papa, nenek macam mana?’ tanyaku pada papa di sebelah kiri
tempat duduk kapal terbang. Pramugari masih lagi menunjukkan cara-cara
keselamatan di dalam kabin. Cantik. Abang tidak berkelip. Mungkin dia sedang
menumpukan perhatian pada demonstrasi keselamatan atau sebaliknya. Aku menggeleng.
Bukannya ini pertama kali kami menaiki kapal terbang, sudah acap kali. Aku
sendiri naik cemuh dengan demonstrasi yang sama, malah sudah menghafalnya.
Aku menyiku lengan abangku yang berada di sebelah kanan.
‘ Ouch! What are you doing Miss Lana?’ abang marah sambil
mengangkat keningnya.
‘Nothing Mr. Edward Cullen to be! Wekkk!’ kataku geram
dengan perangai ulat bulu abang tu. Abang kacak macam Edward Cullen berambut
hitam. Tinggi lampai macam zirafah. Badan yang tegap dan sasa. Maka tidak
hairanlah ramai gadis mat salleh sanggup menjadi teman wanitanya. Aku risau
abang akan buat perangai kasanovanya di Malaysia pula, lebih-lebih lagi kami
akan tinggal di kampung dengan nenek buat beberapa waktu.
Papa geleng kepala melihat kami yang sentiasa bergaduh. Jauh
di sudut hati papa, aku tahu dia rindukan arwah mama. Hanya kami berdua
penyambung zuriat papa dan mama. Muka aku seiras mama namun mataku sahaja
seperti papa, hitam bersinar.
‘ Lana, Zikri.. Papa nak kamu jangan buat perangai mat
salleh depan nenek nanti ok? Papa tak nak nenek bencikan kita. Kamu berdua tahu
kan, nenek tak suka orang putih dan sekarang papa berharap sangat dia akan
terima kamu macam dia terima cucu-cucunya yang lain’ kata papa serius dan
tenang.
Papa amat menyayangi ibunya namun dia terpaksa menolak jodoh
yang ditetapkan oleh nenek suatu ketika dahulu kerana papa amat sayang akan
arwah mama. Oleh sebab itulah, nenek marah akan papa dan dia melarang kami
menjejakkan kaki ke rumahnya. Papa sentiasa berdoa agar ibunya lembut hati dan
dapat menerimanya kembali dan alhamdulillah Allah memakbulkan juga doa papa.
Aku dan abang mengangguk lemah. Penat rasanya dibenci nenek
padahal kami tidak pernah berjumpa dengannya hatta menyakiti hatinya. Aku
risau. Namun abang buat bodoh sahaja seperti tiada perkara yang tak elok bakal
berlaku. Abang seorang yang cool.
Mungkin sebab dia seorang pelajar perubatan dan bakal bergelar doktor yang
sentiasa tenang.
Aku tahu bukan senang untuk belajar perubatan namun abangku
dapat melakukannya dengan berjaya dan dia sentiasa dinobatkan sebagai ‘best
student’ setiap tahun. Aku bangga dengan abang. Abang belajar di University
of Newcastle, United Kingdom. Namu dia terpaksa menyambung pembelajarannya di
University of Newcastle di Malaysia.
Aku pejam mata. Ingin membuang kekusutan di minda. Kata
orang, sleeping is the best cure.
Memang benar dan setiap kali aku mempunyai masalah, aku akan tidur dahulu dan
moga bila aku bangun nanti aku akan menjumpai jalan penyelesaian.
*************
‘ Hey, wake up! We have arrived’ abang menarik telingaku
berharap agar aku bangun. Aku bengang.
‘ Abang! Tak boleh ke kejutkan Lana baik-baik sikit? Suka
sangat cari gaduh! Huh!’ Aku melenting. Abang tersengih-sengih. Aku tahu dia
sengaja mengusikku.
‘ Zik.. papa dah cakap kan jangan kacau adik. Biar lah dia
tidur. Lagipun, kita belum sampai lagi’ papa berkata tenang. Abang buat muka ‘blurr’. Mesti abang tengah bosan dalam
kabin ni. Maklumlah, penerbangan ke Malaysia mengambil masa yang lama lebih
kurang 12 jam.
‘ Lagi satu, papa tak nak Zik dan Lana berbahasa Inggeris
depan nenek. Dengan nenek pun jangan cakap Inggeris. Zik terutamanya, susah
sangat ke nak cakap melayu?’ riak papa penuh kerisauan.
‘Alright papa. I know. Just give me more times okay?’ abang
sengih menampakkan giginya yang tersusun putih.
‘ Tengok tu. Baru je papa dah cakap jangan guna bahasa
Inggeris. Dengan kawan-kawan kamu tu papa tak kisah lah. Tapi dengan nenek
jangan ok? Nenek bukannya faham pun’
‘ Hem. Lana segan lah papa’
‘ Nak segan apa plak adik? Papa ada. Abang Zikri pun ada.
Jangan risau ok?’ kata papa sambil mengusap rambutku. Sayangnya papa padaku.
Aku amat beruntung mempunyai ayah macam papa. Walaupun aku mempunyai abang yang
suka mengusik, aku tahu dia tetap sayangkan aku, satu-satunya adik tunggalnya.
Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam waktu Malaysia. Papa
memberitahuku 2 jam lagi kami akan tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur.
Terasa kecut pula perutku menghadapi penerimaan keluarga papa nanti.
Aku
berserah sahaja, berharap agar ada sesuatu yang baik berlaku macam magic. Kalau lah aku ada magic wand Harry Potter, sudah lama aku
gunakan untuk menyihir nenekku supaya dia suka pada aku. Tapi itu tak mungkin
berlaku. Fantasi tidak sama dengan realiti.
Abang tidur tak ingat dunia. Bahuku pula dijadikan bantal.
Berat betul kepala abang. Berat dengan otak kot. Aku menolak kepalanya sehingga
dia terdorong ke kanan lalu menghalang pramugari yang sedang laju berjalan. Aku
ketawa mengekek. Abang terjaga lalu kepala ku diluku sesuka hati.
Interkom pula berbunyi..
Tiba-tiba terdengar suara seorang pilot memberi pengumuman.
‘ A very good evening
to all passengers. Im Tengku Daniel Arieff, your pilot for today. We are going
to arrive at the Kuala Lumpur International Airport for about 15 minutes from
now. Please seat and fasten your seat belt and do not switch on your electrical
devices yet before you are told to do so. Your cooperation is highly
appreciated. Thank you’
Sekali lagi interkom berbunyi tanda pengumuman sudah habis
dibuat.
‘ Papa.. Siapa yang akan ambil kita di airport nanti?’ tanyaku setelah lama berdiam diri. Abang sambung
tidur. Papa menghentikan bacaan surat khabar new strait times yang diberi oleh
pramugara tampan sebentar tadi. Banyak benda yang berlaku di Malaysia rupanya.
Jenayah dan politik makin haru biru. Papa cakap banyak perubahan yang berlaku.
Riak bimbang jelas terpancar di wajah papa.
‘ Abang papa yang akan ambil kita nanti. Dia orang baik.
Nanti adik kena panggil dia pak long ye’ senyum papa ke arahku. Aku mengangguk
sambil membalas senyuman tua papa.
Alangkah bagusnya kalau mama masih hidup. Boleh kita pulang
ke Malaysia bersama-sama. Rindunya aku terhadap arwah mama. Aku mencium loket
berbentuk hati pemberian mama yang aku selitkan gambar kecil mama di dalam
loket itu moga aku akan sentiasa merasai kehadiran mama.
*************
Akhirnya kapal terbang yang kami naiki selamat juga mendarat
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Terima kasih pilot dan anak-anak
kapal. Selamat juga kita mendarat ye. Sempat lagi abang mengenyitkan mata pada
salah seorang pramugari yang cantik itu. Papa memulas telinga abang. Aku ketawa
mengekek sambil menunjukkan good sign
pada abang. Abang menjelir lidah padaku macam budak-budak 8 tahun. Padahal umur
sudah 23 tahun tapi perangai masih lagi seperti kanak-kanak.
‘ Zik.. Tolong ubah perangai kamu yang suka menggoda
perempuan tu kat sini. Papa tak suka. Lagi satu, jangan berani bawak perempuan
balik kat rumah nenek nanti. Kalau papa tahu, siap kamu. Papa ganyang-ganyang
kamu sampai lumat’ papa memberi warning
terakhir buat abang. Papa tak habis-habis memberi nasihat kepada abang. Aku
makin happy melihat wajah kelat
abang. Lucu pula.
Papa melambai-lambai ke arah salah seorang lelaki yang aku
agak lebih tua daripada papa tetapi tetap kacak. Berpakaian kemas persis seorang
businessman yang berjaya. Adakah ini
abang papa? Aku dan abang berjalan beriringan. Kami membontoti langkah papa.
Papa memeluk erat lelaki itu. Aku pasti ini lah pak long.
Muka seiras papa. Di sebelah pak long pula kelihatan seorang anak muda tinggi lampai
berkulit sawo matang dan aku agak kacak pada pandanganku sedang memandangku
dengan pandangan pelik bin ajaib. Pandangan mata kami bertaut. Tidak lama,
sesaat cuma. Aku melarikan bebola mataku ke arah pak long, tidak sanggup
menerima panahan mata sang lelaki kacak yang tidak dikenali.
‘ Rizman.. Lama sangat kita tak jumpa. Bertahun-tahun. Yang
lepas tu lepaslah. Jangan merajuk lama-lama sangat. Kau adik aku dan mak pun
dah tua. Elok lah kita saling bermaafan’ kata pak long pada papa.
Papa mengangguk. Aku dapat melihat mutiara jernih papa gugur
jua. Mungkin papa sebak dengan kata-kata pak long atau mungkin papa rindukan
nenek. Ada betulnya juga.
‘ Rahman, ni anak aku Lana dan Zikri’. Aku dan abang
menyalami pak long.
‘ Cantik jugak Lana ni, macam arwah Maria. Zikri pun handsome macam Edward Cullen pulak pak
long tengok’ kata pak long memuji. Abang makin kembang semangkuk. Aku pula
tersenyum simpul.
‘ Yang ni anak pak
long, sepupu kamu jugak. Kenalkan, Faris.’
Abang menyalami Faris sambil memperkenalkan dirinya. Aku
menghulurkan tangan berkira-kira mahu bersalam dengan Faris, namun dia tidak
menyambut salamku. Aku kebingungngan.
‘ Awak ni tak belajar hukum-hakam Islam ke? Kita ni muhrim,
tak boleh bersentuhan. Faham tak? ‘ sinis kata-kata faris. Aku terkedu. Malu.
Nasib baiklah papa dan pak long sudah jauh berada di depan,
kalau tidak lagi malu lah aku kena sound
macam tu. Arghh! Tension betul dengan mamat ni! Tak boleh ke cakap elok-elok
sikit? No manners!
Abang tersenyum. Langsung tak berniat nak backup adik sendiri. Nak je cekik
batang leher Faris ni. Yelah aku tahu aku ni kurang didikan agama. Tapi jangan
lah sindir macam tu. Remuk hati aku.
Abang dan Faris berjalan beriringan. Maklumlah dah berjumpa
dengan geng, adik sendiri pula ditinggalkan di belakang. Sedih. Aku
menghentakkan kaki ke lantai tanda marah. Kuat juga sebab aku memakai sneakers bertapak tebal.
Faris
memalingkan mukanya ke arahku dengan senyuman paling sinis pernah aku lihat. Damn!
‘ Apa yang tercegat lagi tu? Nak menari break dance ke?’ sindiran Faris membuatkan telingaku makin
bernanah, ditambah pula dengan abang yang gelak tak ingat dunia tu. Dah tak
ingat adik sendiri nampaknya abangku ni. Asyik menangkan si mamat sombong tu
je!
‘Ok! Fine! Whatever lah Mr. Perasan bagus!’ kataku sambil
berjalan laju dan dengan sengaja melanggar bahu abang tanda protes. Aku segera
mendapatkan papa dan pak long yang sudah pun berada di parking kereta.
‘ Bagus punya adik sesuka hati sesedap rasa je langgar abang
sendiri’ abang mengomel sendirian persis nenek kebayan tiada gigi sambil
membetulkan earphone mp4 nya yang
jatuh.
‘ Bro, Lana tu bekeng jugak ye. Takut aku nak tegur dia’
‘Huh? Bekeng tu apa plak?’ Zik bingung mencerna perkataan bekeng. Nampak gaya, Zikri masih lagi fail dalam bahasa Melayu lebih-lebih
lagi dengan dialek negeri.
‘ Alamak. Sori bro. Aku lupa lah. Bekeng tu bahasa dialek
negeri Kelantan. Maksudnya garang.’ Bersungguh-sungguh Faris menerangkannya.
‘ Oh, baru aku faham. Nampaknya aku terpaksa lantik kau jadi
sifu tak bergaji aku lah Faris.’ Zikri menepuk bahu Faris. Senang betul budak
berdua ni jadi geng. Lana seorang juga yang kena buli.
Lana berharap pak long mempunyai anak perempuan agar dia pun
dapat merekrut gengnya sendiri. Namun, sangkaan Lana meleset apabila pak long
memberitahu bahawa Faris ialah anak tunggal keluarga mereka. Haru la jiwa Lana
nak berdepan dengan mamat sekor tu.
Mereka semua masing-masing berada di dalam kereta CRV milik
Rahman. Hanya kedengaran Rizman dan Rahman yang sakan berborak bertanyakan itu
ini, lebih-lebih lagi mengenai politik. Lana pula masih menumpukan perhatian
pada telefon bimbit Blackberrynya, entah apa yang dibuat. Zikri pula sibuk
memerhatikan pandangan luar kota metropolitan Kuala Lumpur. Faris mendengus.
Bosan agaknya.
‘ Kau belajar kat mana Faris?’ tanya abang memulakan
perbualan.
‘ Aku belajar kat Universiti Teknologi Petronas je. Sekarang
aku dah final year. Tahun depan insyaAllah aku konvo’ kata Faris dengan nada
bersahaja. Abang ternganga. Mungkin teruja mempunyai sepupu yang genius macam dia. Perasan sungguh!
Lana
buat muka bosan mendengar perbualan mereka. Dia hanya sibuk dengan blogging sahaja, sekadar melepaskan
amarahnya terhadap lelaki yang baru sahaja menyindirnya tanpa perasaan. Hanya
dengan berblog, dia dapat meluahkan segala isi hatinya.
‘ Adik, buat apa tu? Papa tengok dari tadi lagi asyik sibuk
je dengan Blackberry’ papa geleng lagi, tahu akan minat anak dara yang sorang
ni. Blogging yang pasti.
‘ Adik? What? Dah besar gedabak pun masih dipanggil adik
lagi?’ aku terdengar suara kecil keluar dari mulut Faris. Aku menjeling tajam
ke arah datangnya suara tak diundang itu. Arghh! Tak habis-habis nak sakitkan
hati aku lah.
Dengan selamba aku menunjukkan buku lima ke arah Faris tanda
geram yang amat.
Faris mengangkat kening triple
jerk. Mungkin terkejut dengan perlakuanku sebentar tadi. Ahh! Aku peduli
apa. Dia yang cari pasal dulu. Mulut tak ada zip! Retarded!
‘ tak ada apa la papa. Adik tengah buat entry baru ni. Pengalaman baru sampai kat Malaysia’ senyum ku tanda
puas. Pasti ramai kawan-kawanku yang memberi komen sekejap lagi. Pasti mereka
amat merinduiku. Tiada lagi sleep over
di rumah ku dan mereka mesti bosan tanpa aku. Hehe.. perasan pulak.
Kereta CRV meluncur laju membelah malam yang masih lagi
hingar-bingar dengan deruan enjin kereta.
Kereta diperlahankan dan memasuki
perkarangan LakeHill Villas di Bandar Baru Bangi. Cantik. Aku tergamam seketika
melihat keindahan villa ini. Masih mengutamakan kehijauan dan banyak
taman-taman permainan dan gelanggang sukan. Senibina villa ini pula
berkonsepkan rumah Inggeris, lebih kurang sama seperti rumahku ketika di London
dulu.
Pak long menjemput kami masuk ke dalam rumahnya. Di depan
pintu kelihatan seorang perempuan sebaya pak long yang sedang tersenyum manis
ke arah kami dan masih setia menuggu biarpun lewat malam. Aku membalas
senyumannya.
‘ Jom masuk. Ni Lana kan?’ kata mak long memaparkan riaknya
yang gembira menyambutku. Aku bersyukur dengan sikap ramah-tamah mak long.
‘ Ya. Saya Lana. Ni abang saya, Zikri.’ Kataku lalu
menyalami tangan mak long.
‘ Wah, makin cantik dan
handsome kamu berdua ye. Terkejut mak klong tengok tadi. Ingatkan pelakon
Hollywood mana lah pak long kamu bawa balik’ seloroh mak long sambil mengerling
ke arah suaminya.
Pandai juga mak long bergurau. I like it! Aku tersenyum sendiri.
‘ Faris sayang, nanti tolong tunjukkan bilik Lana ok? Zikri
boleh tidur sebilik dengan Faris buat sementara waktu ni’ kata mak long. Amboi.
Faris sayang? Wekk. Nak muntah dengar. Manja! Haha.. giliranku pula mengenakan
Faris budak manja tu!
‘ Yelah ibu. Nanti Faris bawa budak ni ke bilik’ perlahan
suara Faris. Mungkin malu dengan aku kot.
‘ Jom lah Lana. Buat apa lagi duduk kat situ? Saya nak
tunjukkan bilik awak ni. Tak pun awak nak tidur kat ruang dapur rumah kami je?’
Faris masih lagi menyindir.
Pantang dapat peluang, mahu juga disindirnya aku.
‘ Ish kamu ni Faris. Kesian Lana baru sampai kat Malaysia
ni, dia penat tu, jangan lah usik dia’ mak long backup aku. Yeay! Bahagia
terasa.
Aku landing di
atas katil bersaiz queen itu. Nampaknya aku nak declare perang abad 20 dengan mamat senget ni! The war is begin!
Wait until you have your last word Faris kun... aku gelak jahat seperti witch dalam cerita Tangled.
Sementara di luar pintu bilik Lana, Faris kebingungan
mendengar tawaan Lana.
‘ Gila apa budak ni, gelak malam-malam macam pontianak.
Eee.. seram betul lah. Entah-entah pontianak jadian kot? baik aku blah sebelum
nyawaku melayang. Cabut....’
Penghuni villa masing-masing tidur dengan lenanya selepas
menikmati makan malam yang agak lewat. Tiada lagi usik-mengusik. Tiada lagi
bunyi sudu garpu. Yang ada cuma bunyi cengkerik dan dengkuran sahaja.
0 Response to "Coklat Cinta - Bab 1"
Post a Comment