Bab 2: Shhh...I Hate U!!

Labels: , , ,

3



Bab 2: Shh..I HATE U!!





“Yeay! Yeay! Kak Yong dah balik!” kedengaran suara gembira kanak-kanak berumur 4 tahun dengan kepulangan kakaknya. Ayish yang sedang khusyuk membaca surat khabar Sinar Harian terkejut. Bukan terkejut sebab dengar suara budak-budak ni, tapi bila dirinya dijadikan “kuda” pula.

“ Amar! Amer! Kak Yong jentik telinga tu kang!” Ayish yang sedang meniarap tadi mula mencari-cari kelibat adik kembarnya yang sudah selamat duduk di atas belakangnya. Kalau sorang aku boleh lagi nak consider, ni sekali dua orang dah.. Mati kering aku macam ni. Dah la kat hostel makan biskut kering je, ni kena jadi “kuda” paksa rela pulak dengan budak-budak ni. Memang kering lah daku bak dedaun kering berguguran…

“ Hey kuda, jalan lah..” kedengaran suara comel Amar memberikan kuasa vetonya. Kedua-dua belah tangannya pula memegang tocang Ayish kiri dan kanan.

“ Eee.. Korang dah berat lah..Turun sekarang! Sebelum Kak Yong jadi incredible hulk kat sini..” Ayish mula mengacah-acah adik kembarnya, namun mereka tidak mempedulikan Ayish. Dah la bahu aku sakit lagi ni, dengan semalamnya bawak beg besar gajah. Haish..

“ Amer.. Best kan naik kuda ni?” bibir Amar tersenyum gembira.

“ Best… Sangat best!” Amer pula menjawab pertanyaan Amar dengan anggukan. Tangan pula memegang bahu Amar.

Ayish bingung. Hesyy.. Apa aku nak buat ni? Hem.. Degil betul budak berdua ni sekarang. Akal mencari idea. Ayish angkat kening. Bibir mengukir senyum jahat.

“ Okay! Kak Yong kira sampai 3, siapa yang tak turun, Kak Yong tak nak belanja ais krim…” Ayish masih lagi menunggu reaksi mereka..

“ Ala.. Kak Yong selalu mungkir janji! Kan Amer? Kitorang tak nak turun!” Amar mula menjawab.

“ Betul! Betul! Betul! Kak Yong selalu tipu kita kan Amer..” giliran Amar, si abang memberikan sebab musababnya.

Okay. Tak nak turun ye. Ayish bingkas bangun secara mengejut. Adik kembarnya terus tergolek jatuh.
Nasib baik jatuh atas karpet, tak ada lah sakit sangat..Amar dan Amer pula mengaduh kesakitan yang dibuat-buat.

“ Kak Yong jahat! Tak nak kawan!”

“ Jom Amer.. Kita cakap kat mama..”

Ayish menjelir lidah pada adik kembarnya. Dia terjoget-joget tanda kemenangan berada pada pihaknya.

“ Padan muka! Siapa suruh lawan cakap Kak Yong tadi..”

Mak Inah, iaitu mama Ayish muncul dari dapur. Kedengaran suara anak kembarnya memanggil-manggil namanya. Tangan yang kotor akibat menggaul tepung untuk dibuat cucur tadi, dibasuh ala kadar.

Apa hal lah budak-budak ni. Nak masak pun tak senang.. Mesti Ayish punya kerja lah ni.

“ Ayish.. Apa dah jadi ni?” wajah mak Inah berkerut. Risau dengan Ayish yang perangai tak ubah seperti kanak-kanak 5 tahun. Si kembar berlari-lari mendapatkan mama mereka.

“ Mama.. Dorang cari pasal dulu.” Ayish masih ingin mempertahankan dirinya dari disembur mamanya yang sudah terpancar cahaya ingin menyebelahi kedua orang adiknya itu. Memang tak fair langsung! Square je ada!

Mak Inah menggeleng-geleng lemah. Dia faham sangat perangai Ayish, satu-satunya anak perempuan tunggalnya. Pantang ditegur, mula lah nak merajuk. Maklumlah beza Ayish dengan adik kembarnya sebanyak 19 tahun. Selama 19 tahun itu lah, Ayish ditatang dan dimanjakan bagai minyak yang penuh. Silap dirinya dan suami juga.

“ Ayish, adik kan kecil lagi, jangan lah nak bertengkar dengan budak kecil. Mama nak Ayish cuba jadi matang je. Boleh tak?” Mak Inah masih lagi berharap. Berharap anak daranya berperangai matang. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia membuat iklan untuk mencari orang yang sanggup mematangkan anaknya itu. Tapi, nampak sangat dia dan suami sebagai ibu bapa yang desperate.

Ayish buat muka selamba. Dia tidak mahu mendengar mamanya menyebelahi adik kembarnya itu. Rasa geram pun ada. Ayish mula memanjat tangga, ingin ke biliknya. Dia mahu menenangkan fikirannya di situ.

“ Mama.. Ayish naik atas dulu. Mengantuk.”

“ Tengok tu. Mama baru cakap. Kejap lagi kawan ayah nak datang.”

“ Ye tau.”

“ Turun nanti.”

“Ok.”

Sepatah dua patah Ayish menjawab pertanyaan mamanya. Dia bukan geram dengan mama, namun geram dengan adik kembarnya. See? Kebudak-budakkan sungguh Ayish ni.. Berkira betul dengan budak kecil yang berumur 4 tahun… Ayoyo…Masalah Negara ni..

Kaki sudah pun menapak ke dalam bilik. Badannya dihumbankan ke katil. Prapp! Bunyi spring katil mengejutkan Ayish. Alamak! Patah lagi ke katil aku ni? Haish.. Sudah banyak kali katil Ayish dibaiki kerana skru tercabut lah, spring bengkok lah.. Macam-macam masalah. Mana taknya, tuan katil tu dah ganas sangat.. Main lanyak katil macam nak buat wrestling aje.


Teet! Teet!


Bunyi telefon bimbit Ayish menandakan mesej masuk. Ayish bengang. Dia sedikit mengeluh. Dicapainya malas-malas telefon bimbit yang berada di bawah bantal busuk spongebob nya..Butang read ditekan.


+ Hai sayang…Buat apa tu? +


Dahi Ayish berkerut. Dia pelik dengan mesej yang baru sahaja diterima. Sudah la nombor itu tidak ada dalam phonebook nya. Siapa pulak yang mesej aku time-time aku tengah panas ni? Hem.. Panggil sayang pulak tu.. Geli lah hai mangkuk!


+ Who are you? Damn! How come you call me sayang? +



Mesej dihantar. Sent.
Mesej dibuka pula oleh pengirim anonymous tadi.

Amboi minah ni.. Cantek punya bahasa! Takpe.. Sabar dulu bro. Teruskan rancangan kau. Ehem.


+ Your husband to be lah sayang  ;) +


Ayish membuka mesej kedua. Dibacanya. Dia makin terkejut. Sentap tak ingat dah. Kepala digaru. Kedua-dua belah tangan Ayish sudah pun memegang kepalanya. Dibalasnya juga mesej itu.


+ Hey kerbau berak merata-rata! +



Adoi. Orang gila mana pulak ni mengaku husband to be aku plak dah. Pening lah aku! Yackss! Ayish menekan punat switch off pada telefon bimbitnya. Risau juga dia dengan mesej-mesej yang datang daripada siapa lah. Kalau dari Tom Cruise aku boleh terima lagi, tapi kalau dari Tom Kurus kat tanjung rambutan tu macam mana? Naya aku!

Baik aku taking a nap dulu lah. Jam baru menunjukkan 10 pagi, tapi Ayish sudah berkira-kira mahu tidur sekejap. Ayish membetulkan cadar katil single nya itu. Dikebas-kebasnya cadar itu agar tiada sebarang bendasing. Ayish amat cerewet dengan kebersihan. Dia seorang yang pembersih tetapi pemalas yang amat!

“Bibik!” laung Ayish memanggil orang gajinya yang masih lagi muda belia. Umur baru 20 tahun, tapi sudah pun mempunya 2 orang anak. Tak macam dirinya yang memang tak layak langsung nak jadi mak orang!

Tidak sampai seminit, orang gajinya itu sudah pun tercegat di depan pintu bilik Ayish. Berlari pecut orang gajinya tatkala mendengar Ayish memanggilnya. Kalau masuk acara larian, memang dah lama sandang gold medal! Tak payah susah-susah jadi orang gaji, baik jadi atlet sepenuh masa aje. Gaji pun lumayan!

“ Aik? Cepatnya kau sampai. Bagus! Makin cekap kau ye.” Ayish menepuk-nepuk bahu orang gajinya. Kepala diangguk-angguk. Orang gajinya pula tersengih bila dipuji begitu. Bukan selalu cik mudanya mengeluarkan kata-kata pujian terhadapnya.

Cadar yang ada di tangan Ayish sudah pun bertukar tangan. Diserahkan kepada bibik pula untuk dibasuh.

“ Bik.. Basuh kasi bersih ye.. Bubuh softlan sekali!”

“ Baik cik muda..” orang gajinya yang bernama Lela amat cekap dalam membuat kerja. Setiap arahan yang diberi Ayish, didengari dan dipatuhi. Untung benar Ayish mempunyai orang gaji sebaik Lela. Namun, Lela yang kurang bernasib baik mempunyai majikan seperti Ayish kerana serba-serbi dia yang kena buat, hatta pakaian “kecil” Ayish pun dia yang kena basuh…Opss.. Pecah rahsia..! Hehe..

“ Kejap! Baju-baju yang aku bawak balik subuh tadi kau dah basuh? “

“ Erk.. Be.. belum lagi cik muda.” Tergagap-gagap Lela menjawab. Dia betul-betul terlupa dengan baju kotor yang dibawa balik Ayish.

“ Apa?! Hish.. Dah lah. Kau pergi basuh sekarang. “ Mata Ayish mencerlung ke arah Lela. Dia geram dengan Lela. Pantang dipuji, mula la buat aku naik minyak! Huh!

Gulp! Lela telan liur. Tidak sanggup membalas panahan mata cik mudanya. Mata cik mudanya cantik, berwarna coklat cair dan ditambah pula dengan bulu mata yang semulajadi lentik itu, pasti ramai lelaki di luar sana yang terpikat.

“ Cik.. Im sorry. Forgot already! ” Lela menjawab dengan selambanya. Keluar bahasa Inggeris pulak . Silap channel dah..Hehe..

“ Amboi! Dah pandai cakap omputih? “

“ Tak.. Tak sengaja.” Macam dia sorang je reti cakap omputih.. Aku pun reti ma.. Speaking London lagi! Hehe..

“ Dah dah. Kau pergi basuh sekarang. Aku tak nak tengok baju kotor tu dalam bilik aku ni..”

Lela beredar dari bilik Ayish dengan pakaian-pakaian kotor tadi. Ayish pula menghumbankan badannya sekali lagi ke atas katil.

Prapp! Prapp! 


Sekali lagi katilnya berbunyi, tetapi kali ini bunyinya amat kuat..

Hmm.. Lantak kau lah katil.. Aku nak tidur!


**********


“ Ayish.. Bangun nak..” kedengaran suara Mak Inah lembut mengejutkan Ayish dari tidurnya. Jam baru menunjukkan pukul 11.00 pagi. Kelopak mata Ayish perlahan-lahan dibuka.

“ Ada apa mama? ” suara Ayish serak. Dia masih lagi mamai.

“ Kawan ayah dah sampai.. Cepat pergi basuh muka. Turun tau.”

“ ala… Ayish tak puas tidur lagi.” Dipeluknya pula bantal spongebob yang berada di sebelahnya.

Mak Inah buntu lagi. Dia tidak tahu alasan apa yang harus digunakan untuk memujuk Ayish turun. Kawan suaminya betul-betul ingin berjumpa dengan Ayish. Katanya ada hal mustahak.

“ Ayish.. Kalau tak nak turun tak apa.. tapi, mama tak akan belikan IPAD nanti..”

Sebaik mendengar mamanya menyebut IPAD, Ayish terus bangun.

“ Huh? IPAD ma? “ Bibir mengukir senyum nipis. Sudah lama dia menginginkan benda alah tu.. pucuk dicita, ulam mendatang. Baik aku turun.. Nasib aku baik, mama nak belikan IPAD! Yahoo!!

“ Happy la tu. Ok. Mama turun dulu. Ayish bersiap ye.”

“ Ok ma.. Set!”

Ayish sudah pun melangkah menuju ke bilik air. Dibasuh mukanya ala kadar. Baju lengan pendek tadi ditukar dengan lengan panjang. Tudung pasang siap diambil dari penyangkut dan dipakai. Aurat mesti dijaga.. Tak sampai 2 minit, Ayish sudah pun siap.

Nak bersolek ke ni? Ahh.. Tak payah la. Bukannya nak pergi interview pun.

Lalalala… Ayish menuruni anak tangga sambil menyanyi-nyanyi kecil. Hatinya gembira membayangkan yang dia akan memiliki IPAD tak lama lagi. Untunglah kau..

Sebaik sahaja Ayish menuruni anak tangga yang terakhir, kakinya terpijak lori mainan adik kembarnya. Ayish jatuh terjelepok di atas lantai. Matanya mencerlung geram pada adik kembarnya.

“ Hoi! Siapa pulak yang letak lori ni kat atas tangga?! ” gunung berapi sudah pun meletus. Ayish tidak perasan akan 3 pasang mata yang ralit melihatnya dari tadi.

“ Ni ke Ayish? “ satu suara perempuan sebaya mamanya menyapa dari ruang tamu. Terdengar pula ketawa kecil seorang lelaki muda yang melihat adegan percuma jatuh tangga Ayish tadi.

Pandangan mata Ayish ditalakan pada empunya suara tadi. Jantungnya berdegup kencang. Peluh mula membasahi leher. Satu family datang?! Malu nya aku!

Ayish cepat-cepat berdiri. Dia membetulkan tudungnya yang sudah senget-benget  tadi. Malu bukan kepalang lagi tika ini! Dia menuju ke arah tetamu yang datang dan mula menyalami isteri kawan ayahnya itu a.k.a ibu kawan sepermainan Ayish..

“ Ayish minta maaf. Tak tau pula uncle Syafiq dengan aunty Rita yang nak datang ke rumah tadi.” Ayish mula membuka bicara. Sudah lama keluarga Ayish dan keluarga kawan ayahnya itu kenal. Mereka sudah pun menjadi sebahagian dari keluarga Ayish..

Mata Ayish menyoroti pula sepasang anak mata yang masih lagi memandangnya. Ya, itulah Wan Zainal, anak sulong aunty Rita. Makin kacak pula si Wan ni. Waktu kecil-kecil dahulu, Ayish dan Wan Zainal tinggal berjiran aje. Hari-hari main kejar-kejar. Mama Ayish pun dah anggap Wan Zainal sebagai anaknya sendiri. Sekarang dah besar, Ayish rasa janggal pula untuk bertegur sapa dengan lelaki itu, tambahan pula ini pertama kali mereka bersua muka setelah sekian lama tidak ketemu.

“ Ayish sihat? “ Aunty Rita mula bertanyakan perihal kesihatan Ayish pula. Dia tersenyum simpul. Ayish pula masih lagi berbalas pandang dengan Wan Zainal. Rindu leteuw. Hehe..

“ Huh? Apa aunty? “ Sentap Ayish 2 saat. Pandang lagi anak teruna orang. Kantoi lah kau!

“ Ish.. Ayish ni. Aunty Rita tanya kamu buat gelabah pula kenapa? “ Ayah Ayish pula mencelah.

Alamak.. Ayah aku ni pun satu, saje je nak bagi aku malu depan Wan. Huhu.. Pipi Ayish merona merah.

“ Erm.. Sorry aunty. Saya sihat je. Tadi mama cakap aunty ada hal penting nak bagitahu dengan Ayish. Ada apa ye? “ Control ayu lah sikit Ayish.. Depan bakal mak mertua ni..

“ Macam ni. Ibu nak tanya sikit. Jangan marah tau? “ Aunty Rita sudah mula membahasakan dirinya sebagai ibu. Ayish semakin pelik. Ibu? Okay. Confuse.. Aunty cakap dengan aku ke Wan ni? Erk.. Omel Ayish dalam hati.

“ Me? “ Ayish menginginkan kepastian adakah dirinya yang ditanya tadi.

“ Iye Ayish. Ibu tanya Ayish la tadi. Panggil ibu je, kan lebih mesra. “ sebuah senyuman manis terukir di bibir Aunty Rita.

“ Erk. Ok Ibu.. Nak tanya apa? “ Semua mata memandang Ayish seperti banduan yang disoal-siasat pula lagaknya. Nervous Oo..

“ Ayish dah ada orang? “ Perlahan-lahan aunty Rita menuturkan kata.

Ada orang? Ayish ligat memikirkan apa yang dimaksudkan aunty Rita sebentar tadi.

“ Maksud ibu? “ Ayish bertanya meminta kepastian.

Aunty Rita membetulkan duduknya. Nampaknya Ayish kurang faham bahasa tersirat ni. Lebih baik cakap direct aje.

“ Ehem. Ibu datang ni nak merisik Ayish.”

“ Huh?!” Ayish terkejut. Seram sejuk pula tangannya. Darah sudah pun menyirap ke muka, muka merah macam dah kena simbah cili Boh sebesen aje!

Biar betul? Aku tersalah dengar ke ni? Wake up Ayish! Ayish menampar-nampar pipinya berharap agar bangun dari mimpi yang indah itu.

Eh. Aku tak mimpi lah! Dapat kawin dengan Wan Zainal ke ni? Is this what it called by dreams come true? Yeah..I think so. Fuh…Double Happy!

 “ Ayish.. Uncle nak sangat bermenantukan Ayish. “ giliran uncle Syafiq pula mengutarakan hasrat di hati. Ayish hanya diam membisu. Mata yang cantik itu masih lagi memandang sepi karpet tebal yang ada di ruang tamu.

“ Kamu setuju tak Ayish? “ mama Ayish pula bertanya. Tersenyum-senyum dia apabila anak daranya dirisik.

Apa pula tak setuju.. Mesti la setuju ma.. Dari kecil lagi Ayish suka Wan ni. Namun, bait-bait itu hanya terluah dalam hati sahaja. Takkan nak cakap depan-depan kot? Nanti tak pasal-pasal kena cop anak dara miang! Jatuh standard lah macam tu! Hehe…

Ayish hanya mengangguk lemah..

“ Ok lah kalau Ayish setuju. Lega ibu..” Aunty Rita memanjat rasa syukurnya. Akhirnya dua keluarga ini akan menjadi bertambah rapat dengan pernikahan Ayish dan anak lelakinya tak lama lagi.

“ Kenapa diam? Dah kena sampuk ke? “ seloroh ayah Ayish di sebelahnya. Masing-masing ketawa.

Aduh ayah aku ni.. Dah jadi bahan lawak pula aku kat sini.. Malu lagi! Dah berdos-dos malu ni…

Deringan telefon bimbit dengan ringtone Avril Lavigne mengejutkan suasana.


I like your smile 
I like your vibe
I like your style
But that’s not why I love you


Ringtone telefon bimbit itu terhenti sebaik sahaja tuannya menekan butang hijau. Ala.. Baru je nak layan lagu ni..

“ Maaf, Wan kena jawab panggilan telefon ni dulu.” Wan Zainal mula meminta izin daripada semua yang ada di ruang tamu itu. Dia terus keluar menuju ke kerusi yang ada di taman luar rumah Ayish.

Wah, sopannya si Wan ni! Siapa yang call dia tu? Agak-agak girlfriend dia tak? Hish.. Tak boleh jadi ni.. Aku kan bakal isteri dia! Ayish gelisah.. Dia terintai-intai Wan Zainal yang sedang rancak berbual dengan seseorang.

“ Ehem. Ehem. “ Mama Ayish berdehem kuat di telinganya.

Ayish angkat kening tanda tak faham.

“ kenapa ma? ” Buat-buat tanya pula tu! Memang drama queen betul lah kau Ayish!

“ Nah.. pergi letak dekat meja kat taman tu. Wan belum minum lagi.” Mama Ayish menghulurkan secawan teh dan sepinggan kecil kek pisang kepada Ayish untuk diberikan kepada Wan Zainal.

Ayish gugup. Tangannya menggeletar pula. Perlahan-lahan Ayish berjalan menuju ke taman kecil buatan di rumahnya itu. Diletakkan secawan teh dan sepinggan kek itu dengan berhati-hati. Wan Zainal masih lagi rancak berbual di talian. Dia membelakangi Ayish dan langsung tidak menyedari akan kehadiran gadis itu.

Emm.. Aku nak tunggu ke nak blah terus? Tapi, ini lah peluang aku nak bercakap dengan Wan.. huhu..

“Yes Miss Ayish? What can I do for you? “ teguran Wan Zainal secara mengejut itu betul-betul membuatkan jantung Ayish bekerja keras mengepam darah ke seluruh badan.

Alamak! Dia tegur aku lah!

 “ Em.. Jemput minum Wan..” amboi halusnya suara aku!

“ Thanks.” Sepatah Wan Zainal menjawab. Ditariknya kerusi dan duduk berhadapan dengan Ayish. Ayish jadi makin tak keruan. Duduknya makin gelisah. Wan Zainal pula sengaja memandang Ayish. Ayish pula tertunduk malu.

“ Siapa yang buat kek ni? Sedap.” Wan Zainal mula memecahkan kesunyian antara mereka. Jika dibiarkan lama-lama nanti ada yang kena sampuk pulak. Diam seribu pertanyaan, sejuta rahsia. Haish!

“ Mama..” Ayish masih lagi menundukkan pandangannya. Dah jadi macam wanita melayu terakhir pula!

“Oh. Ok..” kening Wan Zainal sedikit terangkat.. Bibir pula mengukir senyum segaris. Lucu pula dia melihat Ayish yang masih lagi menunduk malu sambil mengibas-ngibas seluarnya. Entah apa lah yang dikibas pun tak tau lah..

Wan Zainal menghirup air teh pula.

“ Air teh ni? Siapa buat? “ Wan Zainal mula mengajukan soalan kedua.

Ayish tidak menjawab pertanyaan Wan Zainal. Dia hanya diam.

“ Ok. Ok. Awak tak payah jawab. Let me guess.”

“ Your mama right? “ Wan Zainal tersenyum sumbing pula.

“ Aa.. aah. Mama saya buat.” Ayish mengangkat muka. Dilihatnya muka Wan Zainal lama-lama. Wan Zainal sedang menikmati sepotong kek pisang tadi.

Handsome ke saya ni? “ pertanyaan secara direct dari Wan Zainal mengejutkan Ayish entah untuk ke berapa kali.

“ Erk? Aa.. Boleh tahan.” Ayish menjawab malu.

Wan Zainal pula makin lebar senyumannya. Keningnya terangkat. Diusap pelipisnya perlahan-lahan. Mata ditala ke arah kolam ikan pula.

“ Oh. Handsome rupanya saya ni ye? Untunglah tunang saya tu..”

Huh? Tunang?! Ayish jadi blurr bila Wan Zainal menyebut perkataan tunang tadi. Adakah dirinya yang dimaksudkan? Ataupun ada gadis lain yang sudah selamat bertakhta di hati lelaki itu sebenarnya..Dilihatnya di jari Wan Zainal, ada sebentuk cincin.. Cincin tunang ke? Tak mungkin….

“ Wan.. Can I ask you something? “ Aku ni kalau dah gelabah, mula lah nak cakap omputih. Lantak lah.. Hehe…Apa boleh buat.

“ Yes.. Just ask.”

“ Wan cakap pasal tunang tadi kan? “

“ Erm.. Ye betul. Kenapa? “

“ Maksud Wan? Wan tak main-main kan?“

“ Kenapa Wan nak main-main pulak? Kita bukan budak kecil lagi Ayish..” Wan Zainal mula menongkat dagu dengan kedua belah tangannya. Dia pandang anak mata Ayish dalam-dalam. Muka Ayish dilihatnya keruh tidak seceria tadi. Ada persoalan di benaknya yang belum terungkai barangkali.

“ Please.. Can you tell me what is going on? “ Ayish mula tidak sabar untuk mengetahui hal sebenar. Dia seperti tidak tahu apa-apa.

“ Ayish.. Wan dah bertunang.” Wan Zainal menjawab tenang.

“ Huh? Kalau Wan dah bertunang kenapa ibu datang merisik Ayish pula?! “ Air muka Ayish tidak setenang tadi.

Wan Zainal terkejut dengan pertanyaan Ayish tadi. Tidak disangka-sangka Ayish masih lagi menaruh harapan padanya. Ahh.. Itu kan kisah kecil-kecil, dah lama berlalu. Takkan Ayish ambil kira lagi hal kanak-kanak kami dulu?

“ La.. Ayish ingatkan ibu risik Ayish untuk Wan ke? “

Ayish hanya mengangguk lemah..

“ Ayish.. Sebenarnya ibu datang merisik Ayish untuk abang Wan lah! “ Serentak itu, Wan Zainal ketawa. Dia berasa lucu dengan Ayish yang sudah tersilap faham dengan ibunya tadi. Ibu pun satu, tak cakap awal-awal yang mereka sebenarnya mempunyai seorang lagi anak lelaki.

“ Huh? Abang Wan? Confuse lah.. Dulu cakap Wan anak tunggal? “ tak dapat jugak lah aku kawin dengan Wan Zainal ni! Huhu.. Apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur!

“ Tak. Ibu tak pernah cakap Wan anak tunggal pun. Sebenarnya abang Wan dijaga oleh mak saudara Wan ketika dia masih lagi bayi. Mak saudara Wan tu tak tinggal kat Malaysia. Dorang tinggal dekat Korea sebab suami makcik kerja dengan syarikat Korea. Sebab tu kami jarang sangat berjumpa.” Panjang lebar Wan Zainal menerangkan perihal abangnya.

Ayish buat-buat tak dengar dengan penjelasan Wan Zainal. Dunianya dirasa bagaikan suram muram. Hatinya berasa sedikit hancur dengan perkhabaran yang tidak enak dari mulut Wan Zainal itu.. Ayish tidak sanggup lagi menghadap muka lelaki yang berada di hadapannya itu. Dia ingin terus berlalu pergi dari situ..

“ Maaf. Saya nak masuk dulu.” Ayish berkata sopan tanpa riak. Perlahan-lahan kaki mengatur langkah. Lemah tidak bermaya, dah macam isteri kehilangan suami aje lagaknya!


“ Are you okay Ayish? “ 

“ Yeah.. Im gonna be fine. Don’t worry.” Ayish terpaksa mengukir senyum yang dibuat-buat.

“ Ayish.. eventhough we are not destined to be a husband and wife, but we are still friends right? “  Wan Zainal berhasrat untuk cuba memujuk Ayish yang sedang bersedih.

“ Okay..” sepatah dijawab Ayish. Dia melajukan langkahnya. Tidak mahu lagi mendengar suara Wan Zainal, orang yang pernah dicintai sejak kecil lagi. Cinta? Aku cintakan dia ke?..Atau perasaan ini lebih kepada suka? Entah lah. Aku semakin keliru!

“ Kalau awak kahwin dengan abang saya, awak masih boleh jadi kakak ipar saya! “ laung Wan Zainal tatkala melihat Ayish sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.

Itu tak akan merapatkan perhubungan kita Wan.. Saya tak rela jadi kakak ipar awak! Ayish hanya mampu bermonolog dalaman. Dia tidak menghiraukan kata-kata Wan Zainal itu. Sesungguhnya dia tidak sanggup.


Bersambung…

3 Response to "Bab 2: Shhh...I Hate U!!"

  1. Anonymous says:

    NICE STORY...N3 LG...HEHEHE...KEEP ITS UP.. ;)

    Unknown says:

    thnks zielra.. reallt need ur support! hehehe

    Anonymous says:

    sambung cepat-cepat k? best sangat

Post a Comment

Whats more..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



    KLIK! KLIK! KLIK!

    Anda pelawat ke:

    Powered by Blogger.

    Welcome to my blog.. Have a seat.. Relax your mind.. Drink coffee.. Enjoy!

    COKLAT CINTA

    COKLAT CINTA

    Shhh..I HATE U!!

    Shhh..I HATE U!!

    CERPEN

    CERPEN

    Puisi, teka-teki, random

    Puisi, teka-teki, random

    Followers

    Top Commentors