BAB 1: Shhh..I HATE U!!
Labels: bab 1 , e-novel , komedi romantik , penulisan2u
1
Boleh juga dibaca di sini! http://www.penulisan2u.my/2012/01/novel-shhh-i-hate-u-1/
“Masa menjawab sudah pun tamat. Para pelajar diminta
meletakkan pen dan anda tidak dibenarkan keluar sebelum pengawas peperiksaan
mengutip kertas peperiksaan. Tolong bertenang ye.” kedengaran suara ketua
pengawas peperiksaan memberi arahan supaya pelajar-pelajar berhenti menjawab
soalan peperiksaan mereka.
Dewan peperiksaan masih lagi hingar-bingar dengan
para pelajar yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang mereka tulis dan ada
juga yang menarik nafas lega kerana perang final Semester 6 sudah pun berakhir.
Hanya perlu menunggu keputusan sahaja.
Ayish memalingkan kepalanya ke belakang. Dia tersenyum
ke arah Prannik, kawannya yang berasal dari Selatan Thailand. Walaupun Prannik
orang Thailand, namun dia fasih berbahasa Melayu terutamanya dialek Kelantan.
“Weh Prannik. Kau ok tak?” Kata Ayish sambil
membetulkan tudung lilitnya yang senget sedikit.
“ Ok lah dari sem depan. Aku harap sem ni dapat
anugerah dekan lah. Aku nak jadi macam kau jugak setiap sem dapat anugerah
dekan. Perghh!! Kau makan ape Ayish?” Prannik menunjukkan tanda berminatnya.
“ Aku makan makanan lah Prannik. Hahaha... Nak makan
apa lagi? Tolak batu-bata dan kayu-kayan lah, yang tu aku tak makan.” seloroh
Ayish.
“ Tak payah ingat la pasal exam ni. Dah lepas pun
kan..” Ayish hanya mahu menenangkan fikirannya. Kalau boleh dia tidak mahu lagi
membebankan otaknya yang sememangnya sudah senget dengan exam tadi. Otaknya
sudah diperah sehabis-habisnya untuk mengeluarkan jawapan, nasib baik otak tak
terkeluar sekali.
“ Yelah.. Kau balik kampung bila Ayish?”
“ Malam ni! As soon as possible! Hehe..” dengan
pantas Ayish menjawab. Tiba-tiba pengawas peperiksaan sudah pun berada di sebelah
mejanya sambil berdehem-dehem untuk memberi isyarat kepada mereka agar tidak
becakap kerana kertas mereka belum lagi dikutip.
“ Ayish, hows your exam?” kata madam Norhayati
sambil mengutip kertas Ayish. Ayish tersenyum sambil memusing-musingkan pennya.
“ Emm.. Pretty much okay lah madam. Thanks to you..”
luah Ayish kegembiraan. Bibirnya tidak lekang dari senyuman. Itulah Ayish,
sentiasa ceria dan tidak lokek dengan senyuman. Sesiapa yang memandang pasti
terpesona dengan senyuman yang bisa mencairkan hati.
Madam Norhayati angkat kening .“ Na.. Na.. Na.. No ‘lah’ in English Ayish.. dont you remember?”
“ Opss.. Sorry madam.. Forgot! Hehe..”
“ Dont make language like your sambal belacan,
eventhough belacan is nice, but its smells so bad..” madam Norhayati masih lagi
memberi nasihat.
“ Okay mam.. I will keep remember your belacan..
Eh.. silap.. your advice.. hehe..”
“ You should have relieve your stress by now right?
Just go somewhere and have your mind relax before the next semester come..” kata
madam Norhayati sambil berlalu pergi dengan lenggang-lenggoknya. Amboi madam,
dah ada 5 anak tapi badan masih maintain...Ni mesti minum Herbalife.. Hahaha..
“ Okay. Baiklah. Semua boleh keluar dari dewan exam
sekarang. Have a nice holiday!” kata ketua pengawas.
Para pelajar masing-masing bersorak kegembiraan. Ada
yang membaling pencil box dan ada juga yang melompat tak ingat dunia. Ayish
tersenyum. Dalam diam dia mencari-cari kelibat seseorang.
“Ayish!” sergah satu suara dari belakangnya.
“ Opocong kau!” latah Ayish.
“ Muka aku ada iras-iras anak beranak pocong ke
weh?” luah Fatihah sambil ketawa.
“Kinda. Tapi aku rasa muka kau lebih iras muka hantu
dalam citer Karak kot” Ayish ketawa mengekek.
“ Banyak la kau punya hantu! Muka aku banyak punya
cantek macam Maya Karin ni kau cakap macam hantu?! Tak macho betol lah!”
“Eleh. Dah keluar aura perasan la tu. Setakat Maya
Karin ape la nak heran? Aku ni muka fotostat Yoona SNSD pun tak bising!”
serentak ketawa mereka pecah. Masing-masing perasan! Memang kena betol lah dua
orang ni jadi geng. Geng menyakat makcik cleaner, geng bas sekolah, geng
pengembaraan Upin Ipin dan geng yang seangkatan dengannya. Fuhh....
“Jom la. Lambat pula nanti” Fatihah menarik tangan
Ayish. Mereka sama-sama berjalan beriringan menuju asrama perempuan.
***********
Kaki Ayish melangkah ke kedai runcit yang ada di
stesen bas Hentian Putra. Dia ingin membeli sesuatu sebagai bekal untuk malam
ini. Malam ni dia akan berangkat pulang ke kampung keseorangan. Fatihah pula
belum lagi pulang kerana mahu beronggeng ke Genting Highland dengan
rakan-rakannya yang lain.
Aku jugak la yang balik awal. Dah la sorang-sorang.
Kalau tak kerana duit aku kempis-mengempis, takde maknanya aku nak balik awal.
Aku pun nak enjoy jugak! So sad...!!
“Bang, ada ubat tahan mabuk tak?” kata Ayish.
Disebabkan Ayish jenis yang cepat mabuk jalan, dia terpaksa la menelan ubat
tahan mabuk. Aku ni segala jenis mabuk aku ada. Huhu.. Mabuk laut lah, mabuk
jalan lah, mabuk udara la, mabuk mengandung lah.. Erk?? Mabuk mengandung? Bila
masa aku kawen? Hisyy.... Merepek meraban lah pulak..
Abang kaunter mengangkat kening kepelikan. Sambil
ketawa bagai anak jin, dia berkata “Dik, buat lawak ke ape ni? Ni kedai runcit,
bukan farmasi la..Ayoyo.”
Ayish buat muka lima kupang. Arghh!! Malunya!
“Sorry, ingatkan ni farmasi tadi sebab nampak pil-pil kat belakang pakcik tu
berderet je!” Dengan lagak bersahaja Ayish menahan malu. Panggilan abang sudah
bertukar kepada pakcik. Langkah diatur laju tanpa mempedulikan pakcik kaunter
tadi.
Ayish menyeluk poket sweaternya dan mengeluarkan
sekeping tiket bas. Dia mencari-cari bas yang perlu dinaikinya malam ini. Akhirnya
bas sampai! 5 minit lewat..Terkocoh-kocoh Ayish memasukkan beg yang besar dari
tuan itu ke dalam tempat simpanan beg. Hampir-hampir dia terjatuh! Ni la
padahnya bila sumbat beg dengan baju-baju yang dah 2 minggu tak basuh. Alasan?
Tak ada masa nak basuh sebab nak prepare untuk exam! Banyak bagus punya alasan.
Alih-alih orang gaji kat rumah tu jugak la yang penat membasuh baju Ayish. Guna
washing machine nak penat ape.. Apedah..
Ingatkan dah masuk Universiti ni, dah makin tua makin
matang, makin lah rajin.. Ni tak, ayah tengok makin malas bergunung-gunung.
Lepas exam nanti, balik terus! Tak payah gatal nak pergi bercuti pulak. Ayah takkan
berlembut dah! Duit bulan ni ayah takkan masukkan dalam akaun bank kamu.
Muktamad! Ayish mengingati kembali perbualan dengan ayahnya dalam telefon
beberapa hari yang lalu.
Ayish gigit bibir. Ahh.. Gasaklah malas ke ape ke,
yang penting aku nak naik bas aku nak tidur. Kang tak tidur nanti pening
kepala, muntah tak pasal. Haru-biru la kau Ayish.
Ayish mencari-cari nombor tempat duduknya.
“Yes, sebelah tingkap!” gumam Ayish. Itu pun nak
happy bagai kera dapat kawen anak raja! Sah budak neuron tak matang lagi ni!
Terlebih minum air ribena la jadi macam ni. Hesy.. Ampun pak..
Sedang asyik Ayish menyumbat telinganya dengan
kapas, seorang jejaka tampan menghenyakkan tubuhnya di sebelah tempat duduk
Ayish.
Ayish berpaling ke arah lelaki di sebelahnya. Erk.
Whos this guy? A Japanese look-alike? Emm.. Kulit putih bersih. Rambut ceracak
macam duri tenggiling. Pakai cermin mata berbingkai putih. Kasut smart gile!
Baju? Perghh.. Stylo tu!! Naik bas je kot tapi pakaian ala-ala artis nak pergi
honeymoon kat luar negara je. Bibir Ayish mengukir senyum tanpa sedar.
“ Ehem... Kenapa you pandang I macam tu?” tiba-tiba
lelaki itu bersuara mengejutkan Ayish ke alam realiti. Tu la kau Ayish dari
tadi lagi panjang lebar duk describe pasal mamat nih. Kang dah kena sound. Buat
malu je lah..
“ Erk???! Ex.. cuse.. me? No, Im not watching you okay!
Takde pekdah la tengok you ni!” Ayish menggelabah. Ada getar pada suaranya.
Saja dia meninggikan suara untuk mengcover malu yang tersisa.
“Haha! I tau lah I ni memang handsome, but I tak
layan lah pompuan macam you ni. Selekeh!” jelas kedengaran ejekan lelaki tak
berhati perut di sebelahnya. Direnungnya Ayish dari atas ke bawah.
What the heaven! Dia kata aku selekeh?! Oh tidak...
Ini sudah overlimit! Ayish membuka sweaternya, lalu diletakkan di atas riba.
Dia menyinsingkan lengan bajunya seakan-akan bersedia untuk bertumbuk
bertendang dengan makhluk kerek cerek di sebelahnya.
“ Hello Mister Potato!! You jangan nak terover-over
kat sini lah! I tak hingin lah I nak duduk sebelah orang terlebih ajar ni. You
tak reti hormat orang ke? Dasar anak orang kaya tak cukup mentol!” Seraya habis
Ayish berkata, dia keluar dari tempat duduknya dan dia sengaja menurunkan kerusi
lelaki itu sehinggakan lelaki itu terdorong ke belakang.
“hah! Ni baru sikit! Ambik ni!!” Ayish terus
menjirus lelaki sombong tadi dengan air mineralnya. Habis basah lencun lelaki
itu. Kesian... Tu lah padah cari pasal dengan Lady Gagah Ayish. Hahaha...
Mulut lelaki itu ternganga dengan tindakan berani
Ayish menyiramnya. Matanya dibuntangkan. Tubuhnya pula kesejukan menggigil. Dengan
aircond bas yang tahap sejuk mengalahkan peti ais, boleh beku macam ni.
Aiseh...
“Kau!!!!!!! Arghhhh!!!! Selekeh punya perempuan!” Jari
telunjuknya dihalakan ke muka Ayish. Dengan selamba lelaki itu membuka baju
yang sudah basah sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang gagah perkasa.
Ayish terkejut. Dia sedikit terbelakang. Ada rasa debar
di hati, namun ditahannya juga di depan Mr. Rambut tenggiling itu. Jantungnya
makin laju mengepam.
“ Padan muka!! You mess up with the wrong girl lah
mister!!” sambil ketawa Ayish menjelirkan lidahnya. Bajet comel la tu
jelir-jelir lidah. Ayish...Ayish.. Ni kalau bapak aku tahu, parah... Kompem
tidur luar! Uhuk.. Uhuk...
“ Woi! Ape yang korang bising-bising kat belakang tu
hah?!” kedengaran suara encik driver memekik macam halilintar. Mujur tak
tercabut bumbung bas. Naya betul lah. “ Kalau nak gaduh pun laki bini, tunggu
la sampai rumah!!” Seraya itu, semua penumpang yang lain turut ketawa.
“Kitorang bukan laki bini la pakcik. Sape nak kawin
dengan pompuan tak comel macam ni? Dah la busuk. Takde selera la saya pakcik!”.
Masing-masing berbalas jeritan. Amboi. Ingat ni padang bola ke nak
jerit-jerit..
“ Cik, tolong bagi laluan penumpang lain nak lalu.”
Parah macam ni. Baik aku duduk tempat lain je. “
Pakcik! Saya taknak duduk sebelah mamat poyo ni! Saya nak duduk tempat lain.
Plezz...” dengan muka yang control cute, Ayish memandang pakcik driver itu.
Lelaki itu pandang Ayish. Kening sedikit terangkat.
Takut duduk sebelah aku ke sampai nak pindah tempat? Bajet aku nak buat apa-apa
je kat minah ni. Puiii!
“ Cik, tempat duduk dah penuh. Tolong duduk kat
tempat duduk yang asal ok?” Huh. Tegasnya pakcik ni. Erk. Macam mana ni. Malu
lah aku. Hati Ayish masih lagi berbelah bagi.
“ Pakcik tolonglah.. Saya taknak duduk kat sebelah
dia tu. Saya tak kisah duduk kat mana pun, kat tangga bas ke, bumbung ke,
lantai ke, asalkan bukan sebelah budak gila tu!” Erk.. Apa yang aku melalut
nih? Ades..
“ Apa kamu ni gila?! Nak duduk atas bumbung bas?
Ish.. sudah lah. Jangan buang masa pakcik! Pergi duduk sekarang! Bas dah nak
gerak ni! Ada-ada je lah budak muda sekarang ni. Buat semak kepala otak aku je
yang sedia semak ni.. Omel pakcik driver.
Ayish tersentak dengan amarah pakcik bas. Aku pulak
dikatakan gila? Lambat-lambat dia bergerak ke belakang menuju ke tempat duduk
asal. Dilihatnya lelaki tadi sudah pun bersweater dan tidur. Huh!
Perlahan-lahan Ayish memapak ke sebelah tempat duduk lelaki itu. Fuhh.. Nasib
dia dah tidur. Tak la aku malu sangat.
“ Ehem.. Ingatkan dah nak berambus. Rupanya masuk
balik.” tiba-tiba lelaki itu bersuara.
Aysih terkejut. Aik? Mata tepejam pun masih lagi
sempat nak kenakan aku? Sabar lah wahai hati... Baik aku tidur dari duk melayan
lelaki sewel nih.. Hem.. Tak selesanya tidur sebelah lelaki ni. Yuckss! Simpang....
Bas meluncur
laju di jalan raya yang masih cerah sedikit disinari cahaya bulan. Semua
penumpang tidur tak ingat dunia.
*************
Ayish terjaga sebaik sahaja bas berhenti di stesen
bas. Dikerlingnya makhluk di sebelahnya. Ayish tersentak. Darah menyirap ke
muka. Apa aku nak buat ni? Huuhu..
“ Heh!! Kau ambik kesempatan ke?! Suka hati kau je letak
kepala kat bahu aku! Tepi la!” dengan kasar Ayish menolak kepala lelaki itu.
“ Aduh! Ape hal dengan kau ni?” jerit lelaki itu
dengan suara yang serak.
“ Tepi lah aku nak keluar! You are my nightmare! Aku
harap takkan jumpa dah kau ni!” bentak Ayish berlalu turun dari bas. Namun,
lelaki itu masih bingung. Dia dimarahi sesuka hati oleh gadis yang tidak
dikenali.
Kau tunggu la pompuan. Aku akan pastikan kau akan
dapat the worst nightmare ever. Ini Kay lah.. Dia membuka phonebook telefon
bimbitnya. Kay tersenyum. Sempat lagi dia mencuri nombor gadis itu semasa dia
sedang tidur. Diambilnya telefon gadis itu lalu membuat miscall ke nombornya.
Aku dah simpan nombor kau la pompuan!
Ayish berlari-lari anak mendapatkan ayahnya. Tangan
ayahnya dicapai lalu dicium.
“ Mama mana ayah?” Ayish mencari-cari kelibat
mamanya.
“ Mama kat rumah lah. Baru pukul 6 pagi ni. Bas
sampai awal sangat. Tak sampai hati nak kejutkan mama kamu pulak.”
Kedua beranak itu menuju ke kereta. Beg disimpan ke
tempat duduk belakang. Ayish masih lagi sakit hati dengan lelaki itu. Dia
memejamkan mata. Tidak mahu lagi mengingati lelaki yang mengutuknya tak tentu
pasal. Selekeh kah aku? Hem. Ape-ape ajer lah..Busuk ke aku? Dicium bau
badannya. Erk. Maybe kot! Aduhai!
Ayah Ayish, encik Johari memandang anaknya di
sebelah. Dia geleng kepala. Ayish.. Ayish.. Bila la nak matang anak aku sorang
ni.. “ Ayish. Nanti dah sampai rumah, solat subuh dulu baru tidur okay?”
“ Ye yah..” sepatah dijawab Ayish.
“ Ape nak jadi dengan kamu ni Ayish.. Ayah kawinkan
kamu baru tau!”
“ Ape ayah ni.. Cakap pasal kawin plak. Orang penat
lah.. Nanti lah. Lagipun Ayish belum cukup umur lagi nak kawin..”
“ Banyak la kamu punya tak cukup umur! Dah 23 ingat
masih kanak-kanak ke?! Aduhai anakku..” pakcik Johari masih lagi membebel.
“ Ala... Ayah sambung membebel kat rumah lah.. Ayish
nak tidur jap..”
“ Yelah.. Esok pagi kawan baik ayah nak datang
rumah.. Dia dah lama tak tengok kamu Ayish.. Rindu katanya.. Ehem.. ehem..”
“ Pakai cantik-cantik esok. Turun nanti dia datang.
Jangan nak menyorok dalam bilik stor pulak..”
“ Kamu dengar tak Ayish ape ayah cakap ni??!”
Encik Johari memandang sepi ke arah Ayish.. La.. Dah
tidur rupanya.. Buat penat je aku cakap itu ini... alahai..
Bersambung....
P/S: I need your comments to improve my writing.. ;)
TQ reading..
best..lahh