Apa sahaja

Labels: , ,

2






Aku..
Suka menangis..
Tiap kali hatiku rasa ingin menangis..
Aku akan menangis semahunya..
Air mataku kering dek menangis..
Dengan menangis, aku dapat buang kekusutan di minda..
Aku rasa puas sangat..
Biar lah orang nak kata aku cengeng ka..
Sebab aku tak suka menyusahkan orang..
Biar aku saja pendam sendiri..
Aku rasakan masa amat pantas berlalu..
Sejam dirasakan sesaat..
Sehari dirasakan sejam..
Aku rindu zaman kanak-kanakku..
Tiada masalah..
Hidup penuh gembira..
Tak payah fikir pelbagai duka..
Aku juga rindukan arwah nenek..
Aku sayang nenek..
Aku harap nenek sentiasa berada dalam kalangan wanita solehah di sana..
Aku terfikir..
Adakah masa aku berada di dunia ini lama?..
Mungkin sebaliknya..
Kadang-kala aku berasa takut..
Yela.. Amal pun belum cukup..
Nanti bila roh dah bercerai dari badan, baru nak menyesal..
Apa yang nak dijawab depan Yang Maha Pencipta kita?
Kubur kata “ Mari..”
Kita kata “tidak..”
Kenapa pula tidak?
Adakah kita masih lagi mahu enjoy di dunia ini?
Aku ingin berubah..
Berubah kepada insan..
Bisa kah aku?..
Setiap manusia pasti boleh..
Yang penting ada keikhlasan..
Aku Cuma inginkan seorang teman..
Yang boleh pinjamkan bahunya..
Agar aku dapat menangis sepuas-puasnya..


BAB 2: Coklat Cinta

Labels: , , , ,

1




BAB 2: COKLAT CINTA




Ketukan yang kuat bertalu-talu mengejutkan Lana dari mimpi yang indah. Mimpi berjumpa dengan prince charming yang hanyalah fantasi semata-mata. Anak raja mana pula yang nakkan dia. Lana membuka mata lalu menggenyeh matanya agar tiada sebarang tahi mata yang melekat.

Lana membetulkan baju tidurnya yang terangkat sedikit, lalu menuju ke pintu. Selak dibuka, tombol dipulas dan seraya dia membuka pintu itu, sebijik ketukan mengena tepat di kepala Lana. Papp!

“Adoi, sakit lah!” Lana menjerit kesakitan. Dia bergerak sedikit ke belakang untuk mengelak dari terkena ketukan untuk kali kedua. Sudah lah kena ketuk dengan sudip, mahunya bergegar otak aku! Nasib lah kau Lana menumpang rumah orang.

“Padan muka! Anak dara apa lah kau ni tidur sampai tak ingat waktu. Kau tau tak sekarang ni dah pukul berapa?” Faris membebel geram dengan perangai sepupunya yang terlebih mat salleh itu. Sembahyang subuh ke tidak dia tak pasti lah. Memang budak hingusan ni kena diajar! Siap kau Lana. Nasib lah kau ada kat rumah aku sekarang, so aku lah big boss!

“Kau ni kenapa pagi-pagi dah kecoh bagai?!” Pekik Lana marah dengan bebelan Faris persis seorang mak tiri yang jahat. Matanya yang sedikit pejam dipaksa untuk celik seluas-luas alam dan pandangannya jatuh pada seorang jejaka yang sinis tersenyum.
   
“Hey budak! Kau ni mengigau ke ape? Dah tengahari ni kau cakap pagi lagi?!” Faris membutangkan matanya dan dia terkedu melihat pakaian tidur Lana yang singkat paras lutut tanpa lengan itu. Tangan diletakkan di dada mengurut-ngurut terkejut. Hisyy, boleh mati sakit jantung aku kalau hari-hari duk mengadap budak tak cukup kain ni..

“Erm. Kenapa kau rajin sangat kejutkan aku huh? Kau suka aku ke?” laju sahaja mulut Lana menuturkan soalan-soalan itu walaupun dia masih lagi dalam keadaan mamai. Masih lagi tidak berpijak di lantai yang nyata. Masih lagi terbayangkan prince charming yang tersenyum manis padanya. Namun, tiba-tiba sahaja bayangan prince charming itu bertukar menjadi seorang monster jahat yang tercegat di hadapannya.

“ Suka hati aku lah nak kejutkan kau ke ape ke sebab kau tinggal kat rumah aku sekarang kan. Oleh itu, jangan nak goyang kaki. Kau kena bangun awal dan buat kerja-kerja kat rumah ni jugak! Faham?!” Faris sudah mula memberi arahan tak bertulisnya pada Lana. Sedikit senyuman puas hati diukir di bibir merah Faris.

Lana terkedu mendengar arahan Faris. Sepantas kilat dia menutup pintu bilik itu lalu dikuncinya. Bingit telinganya mendengar bebelan Faris, nasib tak terkeluar tahi telinga je.

“ Ya ampun tuan muda, itu sudip saya cari merata tuan... Rupanya ada sama tuan ya?” bibik Ainun garu kepala memandang Faris yang tecegat di depan pintu bilik Lana sambil memegang sudip.

Kening Faris sedikit terangkat. Dia tersenyum..“ Erk..bik.. saya minta maaf dong. Ini sudip saya ingat tadi mahu guna masak gulai ayam..”

“ Ya udah lah tuan. Bisa masak gulai ayam depan pintu cik Lana?”

“ Eh, tak.. Sebenarnya.. Macam ni...” belum pun sempat Faris menghabiskan kata-katanya, Zikri datang sambil menepuk bahunya.

“ Faris.. Faris.. suka betul kau cari pasal dengan adik aku ye.. Ada apa-apa ke ni? “ Zikri tersengih. Sudip di tangan Faris diambilnya.

“ Apa yang ada apa-apa pulak ni? Kau jangan nak menfitnah ok..” Ish Zikri ni. Aku ingatkan dia tak bangun lagi. Potong line betul lah.. Aduh!

“ Dari semalam lagi aku tengok kau asyik aim Lana je? Cakap je kalau kau dah fall in love dengan dia. 

Aku on je beb! “ dimainkan sudip yang ada di tangan pada dagu Faris.

Faris menggosok dagunya. “ Apa yang on? On the way? “

“ Aku tak kisah kalau kau nak jadi adik ipar aku. Besar tapak tangan, besar air laut lagi aku tadahkan untuk kau bro! “

“ Banyak lah kau punya air laut! Air laut masin! Tak nak aku berabang iparkan kau ni. Mati aku hari-hari kena buli!” Faris gelak manakala Zikri mencebik. Dia tahu dirinya suka menyakat orang dan itu adalah dirinya yang sebenar.

Zikri memegang kedua belah bahu Faris. Disebabkan tinggi Zikri yang lebih 6 sentimeter dari Faris itu, diitundukkan sedikit kepalanya memandang tepat ke dalam anak mata Faris. Ada sedikit keikhlasan terpancar. Faris kepelikan.

“ Faris, aku harapkan kau je yang dapat bantu Lana dan bawa dia ke arah jalan yang betul. Aku tak layak sebab aku pun tak kuat lagi. Kau faham kan? Kitorang baru balik dari London. Cara hidup kami amat berbeza Ris..”

Kenapa dengan Zikri ni? Jiwang Melayu pulak dah. Ni sah-sah sebab tengok filem Ombak Rindu semalam! Menyesal aku bagi CD tu kat dia. “ Erk.. Why are you so serious so sudden?”

“ Yap! Im serious now. Kau boleh tolong aku?”

“ Hah? Tolong apa?”

“ Tolong aku tolong Lana, adik aku tu.”

“ Aku tak boleh janji Zik. Kau jangan macam ni. Kau jangan buat aku rasa...“

Belum pun sempat Faris menghabiskan kata-katanya, Zikri terus memotong percakapannya.. “ Apa yang kau rasa?”

“ Rasa yang tidak pasti.. Kau rasa?”

“ Apa pulak aku yang nak kena rasa?”

Then.. Kau yang suruh aku rasa tadi?”

“ Adui. Pening la aku. Kau ingat kita ni tengah main masak-masak ke Ris? Nak main rasa aci campak garam seguni, gula dua guni...”

“ Dahtu?! Yang tadi tu apa? Aku tak paham la Zik.. Kau ni cakap belit..”

“ Takde apa lah.. Just forget it.. Im just joking! Aku nak uji kau je!”

“ Huh! Senduk kuali punya sepupu!” Apa lah Zikri ni.. Aku ingat kan dia betul-betul la tadi. Tiba-tiba je cakap benda di luar jangkaan..Cuak tak cuak. Aku belum abis belajar lagi beb. Naya ke nak suruh jaga anak dara orang. Fuh...

“ Hey, relaks la bro! Aku melawak je tadi.”

“ Aku cool je bro.. coolio debella!” Hah! Ambik kau. Menatang apa lah coolio debella tu pun aku tak tau. Main hentam pak aji jer.

Muka Zikri Berkerut Seribu. “ Coolio debella?! Apemenda tu bro? Macam nama mikroorganisma je.. Amoeba sp. Aku tau lah!”

“ Erm.. Takpe lah kalau kau tak tau. Ada aku kesah?!”

“ Amboi, lawan balik nampak? Berdosa lawan cakap abang ipar tau..”

My pleasure..  Eh, kau pergi bersiap lah, kejap lagi kita nak pergi rumah nenek.”

“ Orait. Siapa drive?”

“ Me.”

“ You? Coolio debella!” Zikri mengangkat kedua belah tangannya seperti penyamun yang ingin menyerahkan dirinya kepada pihak polis.

“ Tiru aku.”

**************

Perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan iaitu kampung nenek Faris, Lana dan Zikri mengambil masa selama 7 jam. Kereta Pesona dipandu oleh Faris manakala ayahnya memandu kereta CRV. Lana dan Zikri berada dalam satu kereta yang dipandu Faris dan Encik Rahman pula berada di dalam kereta CRV.


Mak aii, lajunya budak ni drive! Kalau macam ni, 4 jam pun dah boleh sampai kampung nenek kot! Adeh.. nak termuntah la macam ni..Jalan dah la bengkang-bengkok, kenapa tak lurus je? Terasa macam berputar segala usus yang ada..Huhu..

“ Ehem.. kau boleh bawak kereta slow sikit tak? Aku rasa macam roh aku nak tercabut dah ni!” beritahu Lana tidak dapat menahan rasa mualnya.

“ Ada aku kesah? ” Faris tersengih. Dia saja ingin mengusik gadis itu. Sedari tadi lagi dia memerhatikan Lana melalui cermin pandang belakang. Pucat lesi muka Lana menahan pening agaknya.

“ Aku tak tahan ni.. Pening.. slow la sikit. “ Lana memicit-micit batang lehernya.

“ Mana boleh bawa slow, tak cool lah..” Sengihan Faris yang kacak dipamerkan pada wajahnya. Lana terpempan melihat kekacakan sang hidung tinggi. Faris melajukan pemanduannya. Cermin mata hitam yang tergantung pada sisi kereta dicapai dan dipakainya. Saja nak bergaya dalam kereta.

Makin aku merengek pening, makin laju makhluk menjengkelkan ini bawak kereta. Hipotesisnya, semakin lama aku merengek, semakin laju dia bawak kereta! Huh!! Dan kesimpulannya, ianya telah membawa kepada kesan yang negatif kepada aku! Abang pula tidur tak sedar. Telinga dah disumbat dengan MP4. Memang tak sedar apa dah!

Oh no.. Im dying. Mama, help me! Lana merungut dalam hatinya sendirian. Ada abang pun macam takde abang.. Tadi aku nak naik kereta dengan papa, papa pulak tak bagi. Apa lah masalahnya kalau aku naik kereta tu..

“ Jangan nak mun..” Faris ingin memberi warning kepada Lana supaya jangan muntah di dalam keretanya, namun Lana sudah pun muntah dan mengeluarkan segala isi yang ada.

“Buekkkkk!”

“ Kereta aku!” Faris terkejut.

Eee dia ni.. Aku sakit-sakit macam ni pun, masih lagi fikir pasal kereta dia..Hem.. Sepupu yang tak boleh diharap langsung! Lima kali sepuluh dengan abang je!

Adoi.. Nak kena cari stesen Petronas dulu ni. Apalah budak ni muntah dalam kereta aku pulak.. Macam tak pernah naik kereta je gaya!

“ Woi, kau cuci kereta aku nanti ok!”

“ Ape aku plak? Dah la panggil aku woi je. Kau ni memang takda adab la..” Api kemarahan Lana sudah pun meletus, namun suaranya sedikit perlahan daripada biasa kerana sedang menahan rasa mual.

“ Habis? Kau ingat kau tu cantik sangat adab?”

“ Kenapa pulak kau nak sembur aku tiba-tiba? Nonsense!

“ Jangan cakap banyak ok.. Sakit-sakit pun larat lagi tu nak marah aku.” Lana.. Lana.. aku saje nak uji kau.. Tak sangka kau cepat sangat melatah..

”You are just like our grandma..”

“ Apa yang korang bising-bising ni?” Zikri terbangun, namun matanya masih lagi terkatup rapat. Cuma bibirnya yang bergerak-gerak.

“ Zik.. Kau ni asyik tidur je. Adik kau muntah tau tak?”

“ Mana ada aku tidur. Aku jet lag lah kau ni..”

“ Habis tu, adik kau tak jet lag?”

“ Lana tu memang.. Kalau jet lag, dia tak boleh tidur tapi dia akan pening-pening dan muntah..” Mata masih lagi terpejam.

“ Ek? Kau ni pelik lah Zik.. Mata pejam, mulut gerak. Kau ni manusia ke vampire?”

“ Ah.. Apa yang nak dipelikkan? Kat kuliah bila Prof tanya aku soalan, aku jawab sambil mata tutup je tapi otak still on bro..”

Kereta dipusingkan dan bergerak menuju ke stesen Petronas. Walau apa pun, muntah Lana perlu dibersihkan juga. Nanti berbau kereta aku. Itu lah tadi melantak macam-macam. Sekarang kereta aku pula jadi mangsa..

Lana masih lagi terbaring lesu di tempat duduk belakang kereta. Tangannya menekan perut yang memulas. Minyak angin cap kapak disapukan perlahan-lahan pada perut dan leher. Mama.. Lana rindu..Air mata bergenang di tubir matanya. Pendengaran dirasakan kurang jelas dan Lana terus tidak sedarkan diri...


************

Kepala terasa masih lagi berat. Sesekali tangannya menyelak rambut yang menutupi muka. Dirasakan badan sudah pun berada di atas katil empuk dan bukannya kerusi kereta..Perlahan-lahan Lana membuka matanya. Ingin mendapatkan sedikit cahaya..Hampa.. Keadaan sekeliling gelap.

Aku kat mana ni?.. gulp.. Mama.. Tolong Lana.. Hampir-hampir Lana menangis. Derapan kaki kedengaran semakin jelas menuju ke arahnya dan dia cepat-cepat menyelimuti badan yang agak kedinginan itu. Peluh di dahi sedikit merecik. Gugup juga! Tak tahu ceruk mana aku ni!

“ Tap!” suis lampu bilik sudah dibuka seseorang.

“ Bangun doh ko?” suara tua Mak Embun menyapa telinga Lana.

“ Hah? Siapa makcik ni?”..Lana bertanya gugup.  nenek kebayan ke ni? Main culik aku kang parah. Free je kena buat gulai. Dah la aku tak faham bahasa apa dia guna ni.. Huhu...

“ Mak!”

“ Ho! Gapo? Anok daro mu ni sedar doh..Napok pelik jah tengok aku..”

“ Ok la mak. Nanti suruh Lana makan ye..”

“ Tok Mek.. Lana ni dop pehe loghat Klate.” Faris tiba-tiba mencelah.

 “ Yelah.. Nak kena speaking ke ni? Ehem..ehem.. Excuse me.. Ma  nang ih Mek Embun, grangmother you..”

Serentak ketawa mereka pecah. Lana ketawa berdekah-dekah mendengar neneknya yang pelat berbahasa Inggeris. Kelakar jugak nenek aku ni! Ingatkan nenek ni seorang yang garang.

“Boleh dop ni?”

“ Cantek! Bereh blaka!” Faris masih lagi ketawa.

“ Suka ye tengok tuk mek speaking?”

“Suka! Suka! Suka!” kepala Faris diangguk ala-ala gaya Upin dan Ipin.

“ Dah lah tu Faris.. nanti tok mek hambat kamu tidur bawah rumah baru tau...”

“ Ala tok mek.. merajuk la tu..”

“ Dah tua nak merajuk apa nya.. hai cucu aku ni.. nakal-nakal..!”

“ Nakal-nakal pun tok mek sayang jugak kan?!”

Mak Embun menarik cuping telinga Faris. Saja Faris menyakat neneknya itu. Sudah lama tidak pulang ke kampung. Terasa amat rindu pada neneknya nan satu..Rindu bau rumput. Kat bandar mana ada rumput asli macam kat kampung ni..Main tanam rumput palsu je.. Memang tak tumbuh-tumbuh la..

“ Tok mek kan girlfriend Faris.. mana boleh marah-marah. Nanti makin tua..!”

“ Tok mek dah ada boyfriend baru..” selamba tok mek menjawab.

“ Siapa pulak tok mek? Oo.. Tak cakap ek dah ada boyfriend baru..”

“ Ala.. yang macam hero terbang-terbang dalam filem omputih tu..” Mak Embun cuba mengingati adegan terbang hero vampire dalam filem Twilight..Dahinya berkerut-kerut.

“ Edward Cullen?”

Apa pula EC? Nun.....” Mak Embun memuncungkan mulutnya ke arah Zikri yang masih lagi di kerusi ruang tamu..

“ Zikri?!.. Amboi tok mek.. Gatal sungguh! Mentang-mentang lah Zikri lagi handsome dari Faris, tok mek pilih bulu ye..”

Ketawa mereka pecah lagi..kemesraan antara Faris dan neneknya menerbitkan sedikit rasa cemburu di hati Lana. Dia juga ingin bergurau manja dengan tok mek.. ingin merasakan kasih sayang seorang nenek yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.

“ Dah la tu.. Makin tok mek layan kamu ni, makin gila jadinya.. Tok mek nak pergi dapur sekejap nak siapkan makan malam..”

Tok mek berlalu pergi meninggalkan Lana yang masih lagi duduk bersila berbungkus di atas katil. Faris pula masih lagi tercegat di depan pintu bilik Lana. Diam sejuta kata. Mata disorot ke arah gadis yang masih lagi pucat. Tangan disandarkan pada sisi pintu.

“ Apa pandang-pandang?” Lana tidak senang duduk dengan panahan mata Faris. Sudah la diam membisu. Main aci jeling-jeling intai-intai je.. Ingat aku ni pameran lukisan agaknya! Sesak sungguh!

“ Nothing. You owe me..” Pantas Faris berlalu pergi..bibir mengukir senyum manis.

“Huh?” Bila masa aku berhutang dengan dia? Agak-agak kan urat saraf dia dah terbakar kot? Suka hati je tuduh-tuduh aku berhutang dengan dia.. Erm.. Apa-apa je lah.. Lapar la pulak..Baik aku pergi dapur tolong tok mek siapkan makan malam..


-Life is like a box of chocolate-

Bersambung....

P/S: Terima kasih sudi membaca cerita saya yang tak seberapa ni.. Lambat sangat update.. busy la sejak dua menjak ni.. Have fun! Komen la supaya saya dapat baiki kelemahan cerita ni...Hanya yang terbaik untuk pembaca!



Kata-kata semangat?

2





Comel tak?

Ini kata-kata semangat saya buat untuk diri sendiri sebab rasa macam tiada semangat...

Tak tau nak buat apa. Idea belum datang lagi lah... Fuhh....



Teka-Teki 1

0





Beberapa teka-teki zaman kecik-kecik yang masih aku ingat... Ingat dulu suka sangat main teka-teki dengan kawan2 dan famili.. Boleh ceriakan hati masing-masing.. kalau tak dapat jawab, kena belanja aiskrim.. Hehehe...

Soalan 1...
Kecik-kecik besar bola tenis,
Dah besar besar bola rugby.
apakah ia?

Soalan 2...
Banyak2 air, 
Air apa yang sangat berani?

Soalan 3..
Banyak2 haiwan,
Haiwan apa paling seksi?

Soalan 4...
Banyak2 haiwan,
haiwan apa yang banyak pikir masalah negara?

Soalan 5...
Banyak2 najis,
Najis apa yang kita tak nampak?

Soalan 6...
Masa kecik dia sahabat kita,
Bila dah besar, dia lawan kita..
Apakah itu?

Soalan 7...
Benda apakah yang sentiasa mengejar kita?

Soalan 8..
Ayam berkokok,
Harimau?


P/S: teringin nak jadi kecik balik....






Puisi: Hanya Dikau

1





Tika malam berlabuh..
Aku masih lagi di sini..
Menantimu dengan penuh sabar...
Ke mana perginya cinta?..
Ke mana perginya rasa sayang itu?..
Perlukah aku meruntuhkan ego ku...
Perlukah aku menangis...
Tidak pernah sesekali aku menduakan mu..
Bagiku, kau lah insan pertama dan terakhir dalam hidupku..
Kau ibarat sayapku..
Patah hilang tiada pengganti..
Bagaimana mampu aku lupakan kenangan manis yang kita cipta?
Senyumanmu..
Gaya percakapanmu...
Bau badanmu.. Cukup aku kenal...






Aku rindu saat kita bersama..
Bergelak ketawa.. bergurau senda...
Hangatnya pelukanmu saat aku bersedih..
Kau lah orang pertama yang datang kepadaku..
Memberikan kata-kata semangat..
Aku menangis saat kau cium ubun-ubunku...
Sayu terasa..
Betapa kau tunjukkan rasa sayang itu..
Cukup bermakna buatku...
Semuanya tentangmu...
Aku masih lagi ingat..






Sayang..
tidak pernah aku berniat untuk melupakanmu..
Akan ku titipkan rasa rinduku buatmu sayang..
Hanya gambarmu pengubat rinduku..
Hanya zuriat kita tanda cinta kita sentiasa subur..
Takdir menentukan segalanya..
Kau pergi jua meninggalkanku bersama zuriat kita..
Betapa sedihnya aku..
Di mana harus aku berlindung?
Bagaimana harus aku tempuhi hidup ini tanpamu sayang?
Aku redha.. Pasrah..
Segalanya sudah ditentukan..
Hanya Allah SWT tempat aku bergantung..
Aku berdoa setiap hari sayang...
Jika aku ditakdirkan pergi dari dunia fana ini..
Aku ingin menjadi isteri mu juga di akhirat kelak...
Selamanya...

Kerana saya amat menyayangi awak.....

BAB 1: Shhh..I HATE U!!

Labels: , , ,

1







“Masa menjawab sudah pun tamat. Para pelajar diminta meletakkan pen dan anda tidak dibenarkan keluar sebelum pengawas peperiksaan mengutip kertas peperiksaan. Tolong bertenang ye.” kedengaran suara ketua pengawas peperiksaan memberi arahan supaya pelajar-pelajar berhenti menjawab soalan peperiksaan mereka.


Dewan peperiksaan masih lagi hingar-bingar dengan para pelajar yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang mereka tulis dan ada juga yang menarik nafas lega kerana perang final Semester 6 sudah pun berakhir. Hanya perlu menunggu keputusan sahaja.


Ayish memalingkan kepalanya ke belakang. Dia tersenyum ke arah Prannik, kawannya yang berasal dari Selatan Thailand. Walaupun Prannik orang Thailand, namun dia fasih berbahasa Melayu terutamanya dialek Kelantan.


“Weh Prannik. Kau ok tak?” Kata Ayish sambil membetulkan tudung lilitnya yang senget sedikit.

“ Ok lah dari sem depan. Aku harap sem ni dapat anugerah dekan lah. Aku nak jadi macam kau jugak setiap sem dapat anugerah dekan. Perghh!! Kau makan ape Ayish?” Prannik menunjukkan tanda berminatnya.

“ Aku makan makanan lah Prannik. Hahaha... Nak makan apa lagi? Tolak batu-bata dan kayu-kayan lah, yang tu aku tak makan.” seloroh Ayish.

“ Tak payah ingat la pasal exam ni. Dah lepas pun kan..” Ayish hanya mahu menenangkan fikirannya. Kalau boleh dia tidak mahu lagi membebankan otaknya yang sememangnya sudah senget dengan exam tadi. Otaknya sudah diperah sehabis-habisnya untuk mengeluarkan jawapan, nasib baik otak tak terkeluar sekali.

“ Yelah.. Kau balik kampung bila Ayish?”

“ Malam ni! As soon as possible! Hehe..” dengan pantas Ayish menjawab. Tiba-tiba pengawas peperiksaan sudah pun berada di sebelah mejanya sambil berdehem-dehem untuk memberi isyarat kepada mereka agar tidak becakap kerana kertas mereka belum lagi dikutip.

“ Ayish, hows your exam?” kata madam Norhayati sambil mengutip kertas Ayish. Ayish tersenyum sambil memusing-musingkan pennya.

“ Emm.. Pretty much okay lah madam. Thanks to you..” luah Ayish kegembiraan. Bibirnya tidak lekang dari senyuman. Itulah Ayish, sentiasa ceria dan tidak lokek dengan senyuman. Sesiapa yang memandang pasti terpesona dengan senyuman yang bisa mencairkan hati.

Madam Norhayati angkat kening .“  Na.. Na.. Na.. No ‘lah’ in English Ayish.. dont you remember?”

“ Opss.. Sorry madam.. Forgot! Hehe..”

“ Dont make language like your sambal belacan, eventhough belacan is nice, but its smells so bad..” madam Norhayati masih lagi memberi nasihat.

“ Okay mam.. I will keep remember your belacan.. Eh.. silap.. your advice.. hehe..”

“ You should have relieve your stress by now right? Just go somewhere and have your mind relax before the next semester come..” kata madam Norhayati sambil berlalu pergi dengan lenggang-lenggoknya. Amboi madam, dah ada 5 anak tapi badan masih maintain...Ni mesti minum Herbalife.. Hahaha..


“ Okay. Baiklah. Semua boleh keluar dari dewan exam sekarang. Have a nice holiday!” kata ketua pengawas.


Para pelajar masing-masing bersorak kegembiraan. Ada yang membaling pencil box dan ada juga yang melompat tak ingat dunia. Ayish tersenyum. Dalam diam dia mencari-cari kelibat seseorang.

“Ayish!” sergah satu suara dari belakangnya.

“ Opocong kau!” latah Ayish.

“ Muka aku ada iras-iras anak beranak pocong ke weh?” luah Fatihah sambil ketawa.

“Kinda. Tapi aku rasa muka kau lebih iras muka hantu dalam citer Karak kot” Ayish ketawa mengekek.

“ Banyak la kau punya hantu! Muka aku banyak punya cantek macam Maya Karin ni kau cakap macam hantu?! Tak macho betol lah!”

“Eleh. Dah keluar aura perasan la tu. Setakat Maya Karin ape la nak heran? Aku ni muka fotostat Yoona SNSD pun tak bising!” serentak ketawa mereka pecah. Masing-masing perasan! Memang kena betol lah dua orang ni jadi geng. Geng menyakat makcik cleaner, geng bas sekolah, geng pengembaraan Upin Ipin dan geng yang seangkatan dengannya. Fuhh....


“Jom la. Lambat pula nanti” Fatihah menarik tangan Ayish. Mereka sama-sama berjalan beriringan menuju asrama perempuan.


***********


Kaki Ayish melangkah ke kedai runcit yang ada di stesen bas Hentian Putra. Dia ingin membeli sesuatu sebagai bekal untuk malam ini. Malam ni dia akan berangkat pulang ke kampung keseorangan. Fatihah pula belum lagi pulang kerana mahu beronggeng ke Genting Highland dengan rakan-rakannya yang lain.

Aku jugak la yang balik awal. Dah la sorang-sorang. Kalau tak kerana duit aku kempis-mengempis, takde maknanya aku nak balik awal. Aku pun nak enjoy jugak! So sad...!!


“Bang, ada ubat tahan mabuk tak?” kata Ayish. Disebabkan Ayish jenis yang cepat mabuk jalan, dia terpaksa la menelan ubat tahan mabuk. Aku ni segala jenis mabuk aku ada. Huhu.. Mabuk laut lah, mabuk jalan lah, mabuk udara la, mabuk mengandung lah.. Erk?? Mabuk mengandung? Bila masa aku kawen? Hisyy.... Merepek meraban lah pulak..


Abang kaunter mengangkat kening kepelikan. Sambil ketawa bagai anak jin, dia berkata “Dik, buat lawak ke ape ni? Ni kedai runcit, bukan farmasi la..Ayoyo.”


Ayish buat muka lima kupang. Arghh!! Malunya! “Sorry, ingatkan ni farmasi tadi sebab nampak pil-pil kat belakang pakcik tu berderet je!” Dengan lagak bersahaja Ayish menahan malu. Panggilan abang sudah bertukar kepada pakcik. Langkah diatur laju tanpa mempedulikan pakcik kaunter tadi.


Ayish menyeluk poket sweaternya dan mengeluarkan sekeping tiket bas. Dia mencari-cari bas yang perlu dinaikinya malam ini. Akhirnya bas sampai! 5 minit lewat..Terkocoh-kocoh Ayish memasukkan beg yang besar dari tuan itu ke dalam tempat simpanan beg. Hampir-hampir dia terjatuh! Ni la padahnya bila sumbat beg dengan baju-baju yang dah 2 minggu tak basuh. Alasan? Tak ada masa nak basuh sebab nak prepare untuk exam! Banyak bagus punya alasan. Alih-alih orang gaji kat rumah tu jugak la yang penat membasuh baju Ayish. Guna washing machine nak penat ape.. Apedah..


Ingatkan dah masuk Universiti ni, dah makin tua makin matang, makin lah rajin.. Ni tak, ayah tengok makin malas bergunung-gunung. Lepas exam nanti, balik terus! Tak payah gatal nak pergi bercuti pulak. Ayah takkan berlembut dah! Duit bulan ni ayah takkan masukkan dalam akaun bank kamu. Muktamad! Ayish mengingati kembali perbualan dengan ayahnya dalam telefon beberapa hari yang lalu.


Ayish gigit bibir. Ahh.. Gasaklah malas ke ape ke, yang penting aku nak naik bas aku nak tidur. Kang tak tidur nanti pening kepala, muntah tak pasal. Haru-biru la kau Ayish.

Ayish mencari-cari nombor tempat duduknya.

“Yes, sebelah tingkap!” gumam Ayish. Itu pun nak happy bagai kera dapat kawen anak raja! Sah budak neuron tak matang lagi ni! Terlebih minum air ribena la jadi macam ni. Hesy.. Ampun pak..

Sedang asyik Ayish menyumbat telinganya dengan kapas, seorang jejaka tampan menghenyakkan tubuhnya di sebelah tempat duduk Ayish.

Ayish berpaling ke arah lelaki di sebelahnya. Erk. Whos this guy? A Japanese look-alike? Emm.. Kulit putih bersih. Rambut ceracak macam duri tenggiling. Pakai cermin mata berbingkai putih. Kasut smart gile! Baju? Perghh.. Stylo tu!! Naik bas je kot tapi pakaian ala-ala artis nak pergi honeymoon kat luar negara je. Bibir Ayish mengukir senyum tanpa sedar.

“ Ehem... Kenapa you pandang I macam tu?” tiba-tiba lelaki itu bersuara mengejutkan Ayish ke alam realiti. Tu la kau Ayish dari tadi lagi panjang lebar duk describe pasal mamat nih. Kang dah kena sound. Buat malu je lah..

“ Erk???! Ex.. cuse.. me? No, Im not watching you okay! Takde pekdah la tengok you ni!” Ayish menggelabah. Ada getar pada suaranya. Saja dia meninggikan suara untuk mengcover malu yang tersisa.

“Haha! I tau lah I ni memang handsome, but I tak layan lah pompuan macam you ni. Selekeh!” jelas kedengaran ejekan lelaki tak berhati perut di sebelahnya. Direnungnya Ayish dari atas ke bawah.

What the heaven! Dia kata aku selekeh?! Oh tidak... Ini sudah overlimit! Ayish membuka sweaternya, lalu diletakkan di atas riba. Dia menyinsingkan lengan bajunya seakan-akan bersedia untuk bertumbuk bertendang dengan makhluk kerek cerek di sebelahnya.

“ Hello Mister Potato!! You jangan nak terover-over kat sini lah! I tak hingin lah I nak duduk sebelah orang terlebih ajar ni. You tak reti hormat orang ke? Dasar anak orang kaya tak cukup mentol!” Seraya habis Ayish berkata, dia keluar dari tempat duduknya dan dia sengaja menurunkan kerusi lelaki itu sehinggakan lelaki itu terdorong ke belakang.

“hah! Ni baru sikit! Ambik ni!!” Ayish terus menjirus lelaki sombong tadi dengan air mineralnya. Habis basah lencun lelaki itu. Kesian... Tu lah padah cari pasal dengan Lady Gagah Ayish. Hahaha...

Mulut lelaki itu ternganga dengan tindakan berani Ayish menyiramnya. Matanya dibuntangkan. Tubuhnya pula kesejukan menggigil. Dengan aircond bas yang tahap sejuk mengalahkan peti ais, boleh beku macam ni. Aiseh...

“Kau!!!!!!! Arghhhh!!!! Selekeh punya perempuan!” Jari telunjuknya dihalakan ke muka Ayish. Dengan selamba lelaki itu membuka baju yang sudah basah sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang gagah perkasa.

Ayish terkejut. Dia sedikit terbelakang. Ada rasa debar di hati, namun ditahannya juga di depan Mr. Rambut tenggiling itu. Jantungnya makin laju mengepam.

“ Padan muka!! You mess up with the wrong girl lah mister!!” sambil ketawa Ayish menjelirkan lidahnya. Bajet comel la tu jelir-jelir lidah. Ayish...Ayish.. Ni kalau bapak aku tahu, parah... Kompem tidur luar! Uhuk.. Uhuk...

“ Woi! Ape yang korang bising-bising kat belakang tu hah?!” kedengaran suara encik driver memekik macam halilintar. Mujur tak tercabut bumbung bas. Naya betul lah. “ Kalau nak gaduh pun laki bini, tunggu la sampai rumah!!” Seraya itu, semua penumpang yang lain turut ketawa.

“Kitorang bukan laki bini la pakcik. Sape nak kawin dengan pompuan tak comel macam ni? Dah la busuk. Takde selera la saya pakcik!”. Masing-masing berbalas jeritan. Amboi. Ingat ni padang bola ke nak jerit-jerit..

“ Cik, tolong bagi laluan penumpang lain nak lalu.”

Parah macam ni. Baik aku duduk tempat lain je. “ Pakcik! Saya taknak duduk sebelah mamat poyo ni! Saya nak duduk tempat lain. Plezz...” dengan muka yang control cute, Ayish memandang pakcik driver itu.

Lelaki itu pandang Ayish. Kening sedikit terangkat. Takut duduk sebelah aku ke sampai nak pindah tempat? Bajet aku nak buat apa-apa je kat minah ni. Puiii!

“ Cik, tempat duduk dah penuh. Tolong duduk kat tempat duduk yang asal ok?” Huh. Tegasnya pakcik ni. Erk. Macam mana ni. Malu lah aku. Hati Ayish masih lagi berbelah bagi.

“ Pakcik tolonglah.. Saya taknak duduk kat sebelah dia tu. Saya tak kisah duduk kat mana pun, kat tangga bas ke, bumbung ke, lantai ke, asalkan bukan sebelah budak gila tu!” Erk.. Apa yang aku melalut nih? Ades..

“ Apa kamu ni gila?! Nak duduk atas bumbung bas? Ish.. sudah lah. Jangan buang masa pakcik! Pergi duduk sekarang! Bas dah nak gerak ni! Ada-ada je lah budak muda sekarang ni. Buat semak kepala otak aku je yang sedia semak ni.. Omel pakcik driver.

Ayish tersentak dengan amarah pakcik bas. Aku pulak dikatakan gila? Lambat-lambat dia bergerak ke belakang menuju ke tempat duduk asal. Dilihatnya lelaki tadi sudah pun bersweater dan tidur. Huh! Perlahan-lahan Ayish memapak ke sebelah tempat duduk lelaki itu. Fuhh.. Nasib dia dah tidur. Tak la aku malu sangat.

“ Ehem.. Ingatkan dah nak berambus. Rupanya masuk balik.” tiba-tiba lelaki itu bersuara.

Aysih terkejut. Aik? Mata tepejam pun masih lagi sempat nak kenakan aku? Sabar lah wahai hati... Baik aku tidur dari duk melayan lelaki sewel nih.. Hem.. Tak selesanya tidur sebelah lelaki ni. Yuckss! Simpang....


 Bas meluncur laju di jalan raya yang masih cerah sedikit disinari cahaya bulan. Semua penumpang tidur tak ingat dunia.


*************


Ayish terjaga sebaik sahaja bas berhenti di stesen bas. Dikerlingnya makhluk di sebelahnya. Ayish tersentak. Darah menyirap ke muka. Apa aku nak buat ni? Huuhu..

“ Heh!! Kau ambik kesempatan ke?! Suka hati kau je letak kepala kat bahu aku! Tepi la!” dengan kasar Ayish menolak kepala lelaki itu.

“ Aduh! Ape hal dengan kau ni?” jerit lelaki itu dengan suara yang serak.

“ Tepi lah aku nak keluar! You are my nightmare! Aku harap takkan jumpa dah kau ni!” bentak Ayish berlalu turun dari bas. Namun, lelaki itu masih bingung. Dia dimarahi sesuka hati oleh gadis yang tidak dikenali.

Kau tunggu la pompuan. Aku akan pastikan kau akan dapat the worst nightmare ever. Ini Kay lah.. Dia membuka phonebook telefon bimbitnya. Kay tersenyum. Sempat lagi dia mencuri nombor gadis itu semasa dia sedang tidur. Diambilnya telefon gadis itu lalu membuat miscall ke nombornya. Aku dah simpan nombor kau la pompuan!

Ayish berlari-lari anak mendapatkan ayahnya. Tangan ayahnya dicapai lalu dicium.

“ Mama mana ayah?” Ayish mencari-cari kelibat mamanya.

“ Mama kat rumah lah. Baru pukul 6 pagi ni. Bas sampai awal sangat. Tak sampai hati nak kejutkan mama kamu pulak.”


Kedua beranak itu menuju ke kereta. Beg disimpan ke tempat duduk belakang. Ayish masih lagi sakit hati dengan lelaki itu. Dia memejamkan mata. Tidak mahu lagi mengingati lelaki yang mengutuknya tak tentu pasal. Selekeh kah aku? Hem. Ape-ape ajer lah..Busuk ke aku? Dicium bau badannya. Erk. Maybe kot! Aduhai!


Ayah Ayish, encik Johari memandang anaknya di sebelah. Dia geleng kepala. Ayish.. Ayish.. Bila la nak matang anak aku sorang ni.. “ Ayish. Nanti dah sampai rumah, solat subuh dulu baru tidur okay?” 

“ Ye yah..” sepatah dijawab Ayish.

“ Ape nak jadi dengan kamu ni Ayish.. Ayah kawinkan kamu baru tau!”

“ Ape ayah ni.. Cakap pasal kawin plak. Orang penat lah.. Nanti lah. Lagipun Ayish belum cukup umur lagi nak kawin..”

“ Banyak la kamu punya tak cukup umur! Dah 23 ingat masih kanak-kanak ke?! Aduhai anakku..” pakcik Johari masih lagi membebel.

“ Ala... Ayah sambung membebel kat rumah lah.. Ayish nak tidur jap..”

“ Yelah.. Esok pagi kawan baik ayah nak datang rumah.. Dia dah lama tak tengok kamu Ayish.. Rindu katanya.. Ehem.. ehem..”

“ Pakai cantik-cantik esok. Turun nanti dia datang. Jangan nak menyorok dalam bilik stor pulak..”

“ Kamu dengar tak Ayish ape ayah cakap ni??!”

Encik Johari memandang sepi ke arah Ayish.. La.. Dah tidur rupanya.. Buat penat je aku cakap itu ini... alahai..


Bersambung....
P/S: I need your comments to improve my writing.. ;) TQ reading..

Whats more..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



    KLIK! KLIK! KLIK!

    Anda pelawat ke:

    Powered by Blogger.

    Welcome to my blog.. Have a seat.. Relax your mind.. Drink coffee.. Enjoy!

    COKLAT CINTA

    COKLAT CINTA

    Shhh..I HATE U!!

    Shhh..I HATE U!!

    CERPEN

    CERPEN

    Puisi, teka-teki, random

    Puisi, teka-teki, random

    Followers

    Top Commentors