BAB 2: Coklat Cinta

Labels: , , , ,

1




BAB 2: COKLAT CINTA




Ketukan yang kuat bertalu-talu mengejutkan Lana dari mimpi yang indah. Mimpi berjumpa dengan prince charming yang hanyalah fantasi semata-mata. Anak raja mana pula yang nakkan dia. Lana membuka mata lalu menggenyeh matanya agar tiada sebarang tahi mata yang melekat.

Lana membetulkan baju tidurnya yang terangkat sedikit, lalu menuju ke pintu. Selak dibuka, tombol dipulas dan seraya dia membuka pintu itu, sebijik ketukan mengena tepat di kepala Lana. Papp!

“Adoi, sakit lah!” Lana menjerit kesakitan. Dia bergerak sedikit ke belakang untuk mengelak dari terkena ketukan untuk kali kedua. Sudah lah kena ketuk dengan sudip, mahunya bergegar otak aku! Nasib lah kau Lana menumpang rumah orang.

“Padan muka! Anak dara apa lah kau ni tidur sampai tak ingat waktu. Kau tau tak sekarang ni dah pukul berapa?” Faris membebel geram dengan perangai sepupunya yang terlebih mat salleh itu. Sembahyang subuh ke tidak dia tak pasti lah. Memang budak hingusan ni kena diajar! Siap kau Lana. Nasib lah kau ada kat rumah aku sekarang, so aku lah big boss!

“Kau ni kenapa pagi-pagi dah kecoh bagai?!” Pekik Lana marah dengan bebelan Faris persis seorang mak tiri yang jahat. Matanya yang sedikit pejam dipaksa untuk celik seluas-luas alam dan pandangannya jatuh pada seorang jejaka yang sinis tersenyum.
   
“Hey budak! Kau ni mengigau ke ape? Dah tengahari ni kau cakap pagi lagi?!” Faris membutangkan matanya dan dia terkedu melihat pakaian tidur Lana yang singkat paras lutut tanpa lengan itu. Tangan diletakkan di dada mengurut-ngurut terkejut. Hisyy, boleh mati sakit jantung aku kalau hari-hari duk mengadap budak tak cukup kain ni..

“Erm. Kenapa kau rajin sangat kejutkan aku huh? Kau suka aku ke?” laju sahaja mulut Lana menuturkan soalan-soalan itu walaupun dia masih lagi dalam keadaan mamai. Masih lagi tidak berpijak di lantai yang nyata. Masih lagi terbayangkan prince charming yang tersenyum manis padanya. Namun, tiba-tiba sahaja bayangan prince charming itu bertukar menjadi seorang monster jahat yang tercegat di hadapannya.

“ Suka hati aku lah nak kejutkan kau ke ape ke sebab kau tinggal kat rumah aku sekarang kan. Oleh itu, jangan nak goyang kaki. Kau kena bangun awal dan buat kerja-kerja kat rumah ni jugak! Faham?!” Faris sudah mula memberi arahan tak bertulisnya pada Lana. Sedikit senyuman puas hati diukir di bibir merah Faris.

Lana terkedu mendengar arahan Faris. Sepantas kilat dia menutup pintu bilik itu lalu dikuncinya. Bingit telinganya mendengar bebelan Faris, nasib tak terkeluar tahi telinga je.

“ Ya ampun tuan muda, itu sudip saya cari merata tuan... Rupanya ada sama tuan ya?” bibik Ainun garu kepala memandang Faris yang tecegat di depan pintu bilik Lana sambil memegang sudip.

Kening Faris sedikit terangkat. Dia tersenyum..“ Erk..bik.. saya minta maaf dong. Ini sudip saya ingat tadi mahu guna masak gulai ayam..”

“ Ya udah lah tuan. Bisa masak gulai ayam depan pintu cik Lana?”

“ Eh, tak.. Sebenarnya.. Macam ni...” belum pun sempat Faris menghabiskan kata-katanya, Zikri datang sambil menepuk bahunya.

“ Faris.. Faris.. suka betul kau cari pasal dengan adik aku ye.. Ada apa-apa ke ni? “ Zikri tersengih. Sudip di tangan Faris diambilnya.

“ Apa yang ada apa-apa pulak ni? Kau jangan nak menfitnah ok..” Ish Zikri ni. Aku ingatkan dia tak bangun lagi. Potong line betul lah.. Aduh!

“ Dari semalam lagi aku tengok kau asyik aim Lana je? Cakap je kalau kau dah fall in love dengan dia. 

Aku on je beb! “ dimainkan sudip yang ada di tangan pada dagu Faris.

Faris menggosok dagunya. “ Apa yang on? On the way? “

“ Aku tak kisah kalau kau nak jadi adik ipar aku. Besar tapak tangan, besar air laut lagi aku tadahkan untuk kau bro! “

“ Banyak lah kau punya air laut! Air laut masin! Tak nak aku berabang iparkan kau ni. Mati aku hari-hari kena buli!” Faris gelak manakala Zikri mencebik. Dia tahu dirinya suka menyakat orang dan itu adalah dirinya yang sebenar.

Zikri memegang kedua belah bahu Faris. Disebabkan tinggi Zikri yang lebih 6 sentimeter dari Faris itu, diitundukkan sedikit kepalanya memandang tepat ke dalam anak mata Faris. Ada sedikit keikhlasan terpancar. Faris kepelikan.

“ Faris, aku harapkan kau je yang dapat bantu Lana dan bawa dia ke arah jalan yang betul. Aku tak layak sebab aku pun tak kuat lagi. Kau faham kan? Kitorang baru balik dari London. Cara hidup kami amat berbeza Ris..”

Kenapa dengan Zikri ni? Jiwang Melayu pulak dah. Ni sah-sah sebab tengok filem Ombak Rindu semalam! Menyesal aku bagi CD tu kat dia. “ Erk.. Why are you so serious so sudden?”

“ Yap! Im serious now. Kau boleh tolong aku?”

“ Hah? Tolong apa?”

“ Tolong aku tolong Lana, adik aku tu.”

“ Aku tak boleh janji Zik. Kau jangan macam ni. Kau jangan buat aku rasa...“

Belum pun sempat Faris menghabiskan kata-katanya, Zikri terus memotong percakapannya.. “ Apa yang kau rasa?”

“ Rasa yang tidak pasti.. Kau rasa?”

“ Apa pulak aku yang nak kena rasa?”

Then.. Kau yang suruh aku rasa tadi?”

“ Adui. Pening la aku. Kau ingat kita ni tengah main masak-masak ke Ris? Nak main rasa aci campak garam seguni, gula dua guni...”

“ Dahtu?! Yang tadi tu apa? Aku tak paham la Zik.. Kau ni cakap belit..”

“ Takde apa lah.. Just forget it.. Im just joking! Aku nak uji kau je!”

“ Huh! Senduk kuali punya sepupu!” Apa lah Zikri ni.. Aku ingat kan dia betul-betul la tadi. Tiba-tiba je cakap benda di luar jangkaan..Cuak tak cuak. Aku belum abis belajar lagi beb. Naya ke nak suruh jaga anak dara orang. Fuh...

“ Hey, relaks la bro! Aku melawak je tadi.”

“ Aku cool je bro.. coolio debella!” Hah! Ambik kau. Menatang apa lah coolio debella tu pun aku tak tau. Main hentam pak aji jer.

Muka Zikri Berkerut Seribu. “ Coolio debella?! Apemenda tu bro? Macam nama mikroorganisma je.. Amoeba sp. Aku tau lah!”

“ Erm.. Takpe lah kalau kau tak tau. Ada aku kesah?!”

“ Amboi, lawan balik nampak? Berdosa lawan cakap abang ipar tau..”

My pleasure..  Eh, kau pergi bersiap lah, kejap lagi kita nak pergi rumah nenek.”

“ Orait. Siapa drive?”

“ Me.”

“ You? Coolio debella!” Zikri mengangkat kedua belah tangannya seperti penyamun yang ingin menyerahkan dirinya kepada pihak polis.

“ Tiru aku.”

**************

Perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan iaitu kampung nenek Faris, Lana dan Zikri mengambil masa selama 7 jam. Kereta Pesona dipandu oleh Faris manakala ayahnya memandu kereta CRV. Lana dan Zikri berada dalam satu kereta yang dipandu Faris dan Encik Rahman pula berada di dalam kereta CRV.


Mak aii, lajunya budak ni drive! Kalau macam ni, 4 jam pun dah boleh sampai kampung nenek kot! Adeh.. nak termuntah la macam ni..Jalan dah la bengkang-bengkok, kenapa tak lurus je? Terasa macam berputar segala usus yang ada..Huhu..

“ Ehem.. kau boleh bawak kereta slow sikit tak? Aku rasa macam roh aku nak tercabut dah ni!” beritahu Lana tidak dapat menahan rasa mualnya.

“ Ada aku kesah? ” Faris tersengih. Dia saja ingin mengusik gadis itu. Sedari tadi lagi dia memerhatikan Lana melalui cermin pandang belakang. Pucat lesi muka Lana menahan pening agaknya.

“ Aku tak tahan ni.. Pening.. slow la sikit. “ Lana memicit-micit batang lehernya.

“ Mana boleh bawa slow, tak cool lah..” Sengihan Faris yang kacak dipamerkan pada wajahnya. Lana terpempan melihat kekacakan sang hidung tinggi. Faris melajukan pemanduannya. Cermin mata hitam yang tergantung pada sisi kereta dicapai dan dipakainya. Saja nak bergaya dalam kereta.

Makin aku merengek pening, makin laju makhluk menjengkelkan ini bawak kereta. Hipotesisnya, semakin lama aku merengek, semakin laju dia bawak kereta! Huh!! Dan kesimpulannya, ianya telah membawa kepada kesan yang negatif kepada aku! Abang pula tidur tak sedar. Telinga dah disumbat dengan MP4. Memang tak sedar apa dah!

Oh no.. Im dying. Mama, help me! Lana merungut dalam hatinya sendirian. Ada abang pun macam takde abang.. Tadi aku nak naik kereta dengan papa, papa pulak tak bagi. Apa lah masalahnya kalau aku naik kereta tu..

“ Jangan nak mun..” Faris ingin memberi warning kepada Lana supaya jangan muntah di dalam keretanya, namun Lana sudah pun muntah dan mengeluarkan segala isi yang ada.

“Buekkkkk!”

“ Kereta aku!” Faris terkejut.

Eee dia ni.. Aku sakit-sakit macam ni pun, masih lagi fikir pasal kereta dia..Hem.. Sepupu yang tak boleh diharap langsung! Lima kali sepuluh dengan abang je!

Adoi.. Nak kena cari stesen Petronas dulu ni. Apalah budak ni muntah dalam kereta aku pulak.. Macam tak pernah naik kereta je gaya!

“ Woi, kau cuci kereta aku nanti ok!”

“ Ape aku plak? Dah la panggil aku woi je. Kau ni memang takda adab la..” Api kemarahan Lana sudah pun meletus, namun suaranya sedikit perlahan daripada biasa kerana sedang menahan rasa mual.

“ Habis? Kau ingat kau tu cantik sangat adab?”

“ Kenapa pulak kau nak sembur aku tiba-tiba? Nonsense!

“ Jangan cakap banyak ok.. Sakit-sakit pun larat lagi tu nak marah aku.” Lana.. Lana.. aku saje nak uji kau.. Tak sangka kau cepat sangat melatah..

”You are just like our grandma..”

“ Apa yang korang bising-bising ni?” Zikri terbangun, namun matanya masih lagi terkatup rapat. Cuma bibirnya yang bergerak-gerak.

“ Zik.. Kau ni asyik tidur je. Adik kau muntah tau tak?”

“ Mana ada aku tidur. Aku jet lag lah kau ni..”

“ Habis tu, adik kau tak jet lag?”

“ Lana tu memang.. Kalau jet lag, dia tak boleh tidur tapi dia akan pening-pening dan muntah..” Mata masih lagi terpejam.

“ Ek? Kau ni pelik lah Zik.. Mata pejam, mulut gerak. Kau ni manusia ke vampire?”

“ Ah.. Apa yang nak dipelikkan? Kat kuliah bila Prof tanya aku soalan, aku jawab sambil mata tutup je tapi otak still on bro..”

Kereta dipusingkan dan bergerak menuju ke stesen Petronas. Walau apa pun, muntah Lana perlu dibersihkan juga. Nanti berbau kereta aku. Itu lah tadi melantak macam-macam. Sekarang kereta aku pula jadi mangsa..

Lana masih lagi terbaring lesu di tempat duduk belakang kereta. Tangannya menekan perut yang memulas. Minyak angin cap kapak disapukan perlahan-lahan pada perut dan leher. Mama.. Lana rindu..Air mata bergenang di tubir matanya. Pendengaran dirasakan kurang jelas dan Lana terus tidak sedarkan diri...


************

Kepala terasa masih lagi berat. Sesekali tangannya menyelak rambut yang menutupi muka. Dirasakan badan sudah pun berada di atas katil empuk dan bukannya kerusi kereta..Perlahan-lahan Lana membuka matanya. Ingin mendapatkan sedikit cahaya..Hampa.. Keadaan sekeliling gelap.

Aku kat mana ni?.. gulp.. Mama.. Tolong Lana.. Hampir-hampir Lana menangis. Derapan kaki kedengaran semakin jelas menuju ke arahnya dan dia cepat-cepat menyelimuti badan yang agak kedinginan itu. Peluh di dahi sedikit merecik. Gugup juga! Tak tahu ceruk mana aku ni!

“ Tap!” suis lampu bilik sudah dibuka seseorang.

“ Bangun doh ko?” suara tua Mak Embun menyapa telinga Lana.

“ Hah? Siapa makcik ni?”..Lana bertanya gugup.  nenek kebayan ke ni? Main culik aku kang parah. Free je kena buat gulai. Dah la aku tak faham bahasa apa dia guna ni.. Huhu...

“ Mak!”

“ Ho! Gapo? Anok daro mu ni sedar doh..Napok pelik jah tengok aku..”

“ Ok la mak. Nanti suruh Lana makan ye..”

“ Tok Mek.. Lana ni dop pehe loghat Klate.” Faris tiba-tiba mencelah.

 “ Yelah.. Nak kena speaking ke ni? Ehem..ehem.. Excuse me.. Ma  nang ih Mek Embun, grangmother you..”

Serentak ketawa mereka pecah. Lana ketawa berdekah-dekah mendengar neneknya yang pelat berbahasa Inggeris. Kelakar jugak nenek aku ni! Ingatkan nenek ni seorang yang garang.

“Boleh dop ni?”

“ Cantek! Bereh blaka!” Faris masih lagi ketawa.

“ Suka ye tengok tuk mek speaking?”

“Suka! Suka! Suka!” kepala Faris diangguk ala-ala gaya Upin dan Ipin.

“ Dah lah tu Faris.. nanti tok mek hambat kamu tidur bawah rumah baru tau...”

“ Ala tok mek.. merajuk la tu..”

“ Dah tua nak merajuk apa nya.. hai cucu aku ni.. nakal-nakal..!”

“ Nakal-nakal pun tok mek sayang jugak kan?!”

Mak Embun menarik cuping telinga Faris. Saja Faris menyakat neneknya itu. Sudah lama tidak pulang ke kampung. Terasa amat rindu pada neneknya nan satu..Rindu bau rumput. Kat bandar mana ada rumput asli macam kat kampung ni..Main tanam rumput palsu je.. Memang tak tumbuh-tumbuh la..

“ Tok mek kan girlfriend Faris.. mana boleh marah-marah. Nanti makin tua..!”

“ Tok mek dah ada boyfriend baru..” selamba tok mek menjawab.

“ Siapa pulak tok mek? Oo.. Tak cakap ek dah ada boyfriend baru..”

“ Ala.. yang macam hero terbang-terbang dalam filem omputih tu..” Mak Embun cuba mengingati adegan terbang hero vampire dalam filem Twilight..Dahinya berkerut-kerut.

“ Edward Cullen?”

Apa pula EC? Nun.....” Mak Embun memuncungkan mulutnya ke arah Zikri yang masih lagi di kerusi ruang tamu..

“ Zikri?!.. Amboi tok mek.. Gatal sungguh! Mentang-mentang lah Zikri lagi handsome dari Faris, tok mek pilih bulu ye..”

Ketawa mereka pecah lagi..kemesraan antara Faris dan neneknya menerbitkan sedikit rasa cemburu di hati Lana. Dia juga ingin bergurau manja dengan tok mek.. ingin merasakan kasih sayang seorang nenek yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.

“ Dah la tu.. Makin tok mek layan kamu ni, makin gila jadinya.. Tok mek nak pergi dapur sekejap nak siapkan makan malam..”

Tok mek berlalu pergi meninggalkan Lana yang masih lagi duduk bersila berbungkus di atas katil. Faris pula masih lagi tercegat di depan pintu bilik Lana. Diam sejuta kata. Mata disorot ke arah gadis yang masih lagi pucat. Tangan disandarkan pada sisi pintu.

“ Apa pandang-pandang?” Lana tidak senang duduk dengan panahan mata Faris. Sudah la diam membisu. Main aci jeling-jeling intai-intai je.. Ingat aku ni pameran lukisan agaknya! Sesak sungguh!

“ Nothing. You owe me..” Pantas Faris berlalu pergi..bibir mengukir senyum manis.

“Huh?” Bila masa aku berhutang dengan dia? Agak-agak kan urat saraf dia dah terbakar kot? Suka hati je tuduh-tuduh aku berhutang dengan dia.. Erm.. Apa-apa je lah.. Lapar la pulak..Baik aku pergi dapur tolong tok mek siapkan makan malam..


-Life is like a box of chocolate-

Bersambung....

P/S: Terima kasih sudi membaca cerita saya yang tak seberapa ni.. Lambat sangat update.. busy la sejak dua menjak ni.. Have fun! Komen la supaya saya dapat baiki kelemahan cerita ni...Hanya yang terbaik untuk pembaca!



1 Response to "BAB 2: Coklat Cinta"

  1. Anonymous says:

    bes2....sya suke sgt..smbg g...

Post a Comment

Whats more..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



    KLIK! KLIK! KLIK!

    Anda pelawat ke:

    Powered by Blogger.

    Welcome to my blog.. Have a seat.. Relax your mind.. Drink coffee.. Enjoy!

    COKLAT CINTA

    COKLAT CINTA

    Shhh..I HATE U!!

    Shhh..I HATE U!!

    CERPEN

    CERPEN

    Puisi, teka-teki, random

    Puisi, teka-teki, random

    Followers

    Top Commentors